Bom tangan dijumpai di tapak pengurusan pepejal

Bom tangan dijumpai di tapak pengurusan pepejal

SEBERANG PERAI – Seorang pekerja menjumpai sebutir bom tangan di tapak pengurusan sisa pepejal di Ampang Jajar di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan bahan api tersebut pada pukul 1.30 petang.



Menurutnya, siasatan polis mendapati tempat kejadian terletak di kawasan berbukit dan pagar.

“Objek yang disyaki bom tangan itu dijumpai dalam keadaan berkarat dan lengkap sifatnya.

“Pihak Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang hadir membuat pemeriksaan keselamatan dan seterusnya proses pemusnahan dilakukan di kawasan tersebut,” katanya kepada pemberita, malam tadi.

Tambah beliau, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan. K Online



Bom tangan dijumpai di tapak pengurusan pepejal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?



Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa



Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker