Dua remaja maut berlumba motosikal 4 pagi

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

MELAKA – Dua remaja lelaki termasuk seorang pelajar sekolah maut ketika berlumba motosikal di Pantai Puteri, Tanjung Kling, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.18 pagi itu, mangsa berusia 15 dan 18 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang masing-masing menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dan Yamaha Y15 telah bertembung ketika berlumba haram.

“Hasil siasatan salah seorang mangsa sedang berlumba dari arah Tangga Batu, manakala seorang lagi dari Tanjung Bruas.



“Kedua-dua mangsa bagaimanapun telah bertembung sesama sendiri dan kedua-duanya maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, siasatan pegawai penyiasat di lokasi keadaan jalan adalah lurus dan rata, manakala cuaca dalam keadaan baik serta kawasan diterangi lampu jalan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)



“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker