Warga emas parah ditetak kerana selisih faham di jalan

AMPANG JAYA – Akibat salah faham di jalan raya, seorang warga emas parah dipukul peniaga dalam pergaduhan melibatkan senjata batang golf, besi ‘steering lock’ dan parang di Lorong Cantik 3, Kampung Pandan, di sini Khamis lalu.

Ekoran kejadian, suspek yang dikesan positif dadah jenis methapatamine dan benzo itu kemudiannya diberkas sehari selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pada awalnya, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam menyatakan terdapat satu pergaduhan melibat dua orang tempatan di lokasi kejadian.

Jelasnya, hasil siasatan mendapati, mangsa berusia 60 tahun bersama isterinya dalam perjalanan pulang menaiki kereta telah berlaku selisih faham dengan suspek yang menaiki motosikal.

“Ekoran itu, berlaku pergaduhan antara mangsa dan suspek dengan menggunakan senjata batang golf, parang dan sebatang besi ‘sterling lock’.

“Mangsa mengalami kecederaan patah tangan kanan, luka di kedua-dua tangan dan pendarahan di dalam otak, manakala suspek mengalami kecederan di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru itu, mangsa dan suspek telah mendapat rawatan di Hospital Ampang.

Menurut Mohamad Farouk, punca kejadian dipercayai akibat salah faham penggunaan jalan raya antara mangsa dan suspek.

Jelas beliau, kelmarin sepasukan polis memberkas suspek yang merupakan peniaga berusia 39 tahun di kawasan Ampang.

Turut dirampas adalah pakaian dan sebatang besi yang digunakan semasa kejadian.

“Pemeriksaan ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati positif dadah jenis syabu dan benzo.

“Suspek juga mempunyai empat rekod lampau atas kesalahan jenayah dan dadah. Oleh itu, suspek telah ditahan reman selama enam hari sehingga Khamis hadapan,” ujarnya.

Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan parah kepada mangsa serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker