Lebih daripada seorang pengurus – TMJ

Lebih daripada seorang pengurus – TMJ

Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan bakal memainkan peranan lebih besar berbanding seorang pengurus bersama Harimau Malaya.

Perkara itu dimaklumkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram story milik TMJ.



“Bukan seorang pengurus… Lebih daripada seorang pengurus,” tulis TMJ yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Selain kenyataan ringkas itu, TMJ turut memuat naik gambarnya bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Sebelum ini, Hamidin menjelaskan bahawa TMJ tidak berminat untuk memegang jawatan sebagai pengurus pasukan Harimau Malaya walaupun terdapat pihak menganggap beliau layak untuk memikul tugas itu.

Sebaliknya, Hamidin berkata TMJ berhasrat untuk membantu Harimau Malaya termasuk dalam menyumbang peralatan latihan terutama dalam persiapan skuad negara menghadapi Piala Asia 2023, awal tahun depan. BH



Lebih daripada seorang pengurus – TMJ

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]



Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker