Tuan ibrahim dan Rayes bertikam lidah dalam parlimen

 

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat kecoh seketika dengan pertelingkahan antara dua Ahli Parlimen selepas seorang backbencher menuduh Ahli Parlimen pembangkang membayangkan titah diraja Yang di-Pertuan Agong disediakan kerajaan.

Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) berkata titah Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah kurang menekankan konsep keadilan, yang menurutnya merupakan aspek penting dalam slogan “Negara Madani” kerajaan perpaduan.



RSN Rayer (PH-Jelutong) kemudiannya mencelah, sambil menyifatkan kenyataan itu “tidak wajar” dan menggesa Tuan Ibrahim menarik balik dan memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong dan Dewan Rakyat.

Beliau turut meminta Timbalan Speaker Alice Lau mengarahkan Tuan Ibrahim menarik balik kenyataannya.

Tuan Ibrahim berkata beliau tahu kerajaan pada masa itu boleh mengemukakan inputnya untuk titah diraja dan ia adalah atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong sama ada untuk menerima input itu.

Rayer kemudiannya mempersoalkan bagaimana Tuan Ibrahim tahu sama ada input kerajaan itu diterima atau tidak.



Lau kemudiannya membenarkan Tuan Ibrahim untuk meneruskan perbahasannya.

Kemudian, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berkata beliau akan menyemak Hansard sebelum memutuskan sama ada Tuan Ibrahim perlu diarah menarik balik kenyataannya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]



Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker