Johari Ghani ingatkan PM, jangan ulangi ‘tawaran PH’ pada penduduk Kampung Baru

 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Ghani, mengingatkan pemerintah jangan sewenang-wenangnya membuat tawaran kepada pemilik tanah Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Ketika sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat, Johari memohon pemerintah “tidak sewenang-wenangnya membuat tawaran tanpa terlebih dahulu memastikan tawaran yang dibuat oleh kerajaan itu boleh membiayai pembelian tanah-tanah orang Kampung Baru.”



Wakil rakyat Barisan Nasional itu berkata tawaran sedemikian akan “mengelirukan” penduduk Kampung Baru, dan mendakwa pentadbiran lepas membuat tawaran tanpa kelulusan Jemaah Menteri.

Pada 2019, menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Khalid Samad, berkata kerajaan akan menawarkan kepada penduduk Kampung Baru RM1,000 kaki persegi untuk memiliki 230 ekar tanah, untuk membangunkan semula kawasan itu.

Harga yang ditawarkan itu bagaimanapun dipersoalkan kerana secara keseluruhan ia akan melibatkan bayaran kira-kira RM10 bilion.

“Apa yang berlaku pada kerajaan sebelum ini, apabila tawaran dibuat kepada pemilik tanah-tanah Kampung Baru, seolah-olah macam esok mereka dah ada duit, jadi semua pewaris ini teruja dan beria-ria nak terima tawaran tersebut,” kata Johari.



“Tetapi tawaran yang dibuat itu sebenarnya tidak pernah diluluskan oleh Jemaah Menteri dan tidak pernah juga wang disediakan untuk membeli. Macam mana seorang menteri boleh membuat tawaran? Jadi saya ingin memastikan bahawa perkara sebegini tidak lagi berlaku.”

Perdana Menteri Anwar Ibrahin mengakui bahawa kerajaan ketika ini tidak mempunyai RM7 bilion pun untuk pembangunan semula Kampung Baru.

Beliau juga memberi jaminan sebarang projek melibatkan peruntukan wang yang besar akan terlebih dahulu dibawa ke Kementerian Kewangan dan diluluskan Jemaah Menteri sebelum diteruskan.

Anwar menambah kerajaan akan mencari cara terbaik untuk membangunkan semula kawasan Melayu itu, dengan mengambil kira kepentingan penduduk.



Beliau juga tidak akan bertolak-ansur mengenai hak pemilik tanah.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]



Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker