Bunuh, bakar kekasih hamil, 21 Disember sebutan serahan laporan kes

Bunuh, bakar kekasih hamil, 21 Disember sebutan serahan laporan kes

SABAK BERNAM: Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini, menetapkan 21 Disember depan bagi sebutan serahan semua laporan berkaitan kes seorang pemuda yang didakwa membunuh kekasih hamilnya pada Mei lalu.

Sebutan semula itu ditetapkan selepas permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Afiq Qiwamuddin Mustapha Shakri memaklumkan semua laporan kimia, forensik dan bedah siasat belum tersedia.



Majistret Siti Hajar Ali kemudian membenarkan permohonan itu dan memberitahu mahkamah mengambil maklum mengenai tarikh sebutan semula kes bagi penyediaan semua laporan tersebut.

“Saya cuma mengingatkan bahawa kes (kejadian) ini sudah enam bulan berlaku (sejak Mei). Justeru, saya berharap dokumen berkenaan dapat disediakan pada tarikh sebutan nanti,” katanya.

Peguam bela Muhammad Nor Tamrin bagaimanapun tiada bantahan dan memohon sebahagian laporan itu dapat diserahkan kepada pihaknya.

Terdahulu, Muhammad Fakrul Aiman Sajali yang berbaju ‘T’ putih tiba dengan sebuah kenderaan polis di mahkamah itu, kira-kira pukul 10 pagi tadi.



Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berusia 20 tahun itu didakwa melakukan kesalahan bunuh terhadap seorang wanita berusia 21 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar di sini, kira-kira pukul 8.30 malam 22 Mei sehingga pukul 8 pagi 23 Mei lalu. Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pada 27 September lalu, mahkamah itu menolak permohonan pihak pembelaan tertuduh supaya merujuk kes itu kepada hospital psikiatri kerana ia perlu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi.

Utusan Malaysia pada 24 Mei lalu melaporkan seorang lelaki diibaratkan dirasuk syaitan apabila bertindak kejam membunuh dan membakar teman wanitanya. Utusan



Bunuh, bakar kekasih hamil, 21 Disember sebutan serahan laporan kes

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini



Janna tanya Ruhainies datang majlis nak menyondol ke?

Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof



Cikgu Siva buat kolam Deepavali bendera Palestin (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker