Anwar jamu PM Jepun makan durian

Anwar jamu PM Jepun makan durian

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkongsi momen indah apabila buat pertama kalinya ketua negara matahari terbit itu dijamu durian ketika lawatan kerjanya ke Malaysia.

Momen tersebut dikongsikan jurugambar Perdana Menteri, Sadiq Asyraf di laman sosial X miliknya malam kelmarin selepas kunjungan hormat Kishida terhadap Anwar di Seri Perdana, Putrajaya.



“PM (Perdana Menteri) Jepun Fumio Kishida pertama kali menjamu durian selepas dipelawa PM (Datuk Seri) Anwar Ibrahim,” ciapnya dengan empat gambar yang diketiknya.

Ciapan itu mendapat 82,000 tontonan, 150 kali ulang ciap, 759 tanda suka oleh pengguna X.

Kishida mengadakan lawatan sulungnya selama dua hari ke negara ini sejak menyandang jawatan itu pada Oktober 2021.

Malaysia dan Jepun meningkatkan hubungan mereka daripada Rakan Strategik Dipertingkat kepada Rakan Strategik penuh pada 2015 ketika Kishida melawat Malaysia sebagai Menteri Luar.



Jepun adalah rakan dagang keempat terbesar Malaysia sejak 2015.

Setakat Jun 2023, sebanyak 2,778 projek oleh syarikat Jepun telah dilaksanakan di Malaysia dengan nilai pelaburan berjumlah RM91.89 bilion (US$27.43 bilion). Utusan

Anwar jamu PM Jepun makan durian

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini

Janna tanya Ruhainies datang majlis nak menyondol ke?



Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof

Cikgu Siva buat kolam Deepavali bendera Palestin (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker