Lelaki sumbat memerang dalam seluar

Lelaki itu ditahan oleh pengawal keselamatan lapangan terbang. – ViralPress

Pihak berkuasa sebuah lapangan terbang di Thailand menangkap seorang pelancong yang cuba menyeludup dua ekor memerang dan seekor anjing prairie di dalam seluarnya.

Akhbar New York Post melaporkan, lelaki berusia 22 tahun itu membeli tiga haiwan itu di sebuah pasar di Bangkok.

Dia memasukkan semua haiwan tersebut ke seluar dalamnya sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi pada 5 Disember lalu dan dijadualkan menaiki pesawat Thai Airways ke Taipei.

Pihak berkuasa menyedari rancangan lelaki itu selepas melihat bonjolan besar bergoyang-goyang di bawah pinggangnya.



Selepas memeriksa lelaki itu, mereka menemui dua memerang berkuku kecil dan seekor anjing prairie. Semua haiwan itu dimasukkan ke dalam tiga stoking berasingan dan digantung pada seluar dalam jenis boxer yang dipakainya.

Sebuah klip video memaparkan situasi di mana pihak berkuasa memaksa lelaki itu memotong seluar boxernya untuk mengeluarkan haiwan itu.

Kesemua haiwan itu kemudian diserahkan kepada Pejabat Pemuliharaan Hidupan Liar Thailand. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup



Padu teguran David Teo kepada BCL

Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak



Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker