MB janji selesai isu penduduk diusir

MB janji selesai isu penduduk diusir

Kerajaan negeri akan menyelesaikan isu penduduk Kampung Simpang Halt di Taiping yang diarah supaya mengosongkan tanah yang mereka duduki oleh sebuah syarikat pemaju.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau telah diberikan taklimat tentang isu tersebut baru-baru ini dan kerajaan negeri akan memastikan nasib 29 orang penduduk yang dikatakan diusir oleh pemaju hartanah itu akan dibela.



“Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) akan mengambil tindakan berhubung perkara ini, seperti mana kita janji, kita akan tunaikan,” katanya kepada pemberita pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2023 Siri Enam, di sini semalam.

Beliau menjelaskan, isu itu akan tetap diselesaikan mengikut peraturan tanpa mengabaikan nasib penduduk yang terlibat.

Beliau bagaimanapun tidak meletakkan sebarang tempoh bagi melihat isu itu selesai sepenuhnya kerana melibatkan pelbagai undang-undang serta mempunyai sejarah yang tersendiri.

“Kita akan menepati janji yang pernah dibuat. PKNP memberi jaminan kepada saya mereka akan terus menunaikan janji itu,” katanya.



Terdahulu di Taiping semalam, penduduk yang terlibat arahan mengosongkan tanah penempatan mereka mengadakan perhimpunan aman di hadapan bangunan Mahkamah Taiping.

Mereka berbuat demikian bagi membantah notis pengosongan tersebut sambil menyatakan rasa kecewa apabila dijanji mereka diberikan satu tapak baharu dan rumah namun belum ditunaikan.

Wakil penduduk, Nooreyzan Razali berkata, mereka tinggal di situ lebih 60 tahun kecewa kerana diarahkan mengosongkan kawasan tersebut.

“Kami sudah tinggal di sini berpuluh tahun dan apabila diarah mengosongkan kawasan ini, kami tidak disediakan tapak atau petempatan baharu sebagaimana yang dijanjikan,” katanya.



Penduduk lain, Zainal Abidin Yusof berkata, mereka difahamkan tapak baharu bagi menempatkan penduduk di situ terletak tidak jauh dari kampung mereka sekarang.

“Namun sehingga kini kami tiada perkembangan mengenainya. Kami cuma minta apa yang dijanjikan, jika janji memberi tapak kediaman dan rumah ditunaikan, kami akan mengosongkan tanah ini,” katanya. Utusan

MB janji selesai isu penduduk diusir

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna

Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik



Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau

Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker