Wan Rosdy sah Naib Presiden UMNO

Wan Rosdy sah Naib Presiden UMNO

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, mendahului saingan tujuh calon lain, untuk meraih kemenangan bagi mengisi slot jawatan Naib Presiden pada pemilihan UMNO kali ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Pahang, memperoleh 97 undi, melepasi separuh dari 189 bahagian UMNO yang bersidang semalam.



Turut menghampiri kemenangan, penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang sudah memperoleh 90 undi setakat jam 1.15 pagi ini.

Berada di kedudukan ketiga, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dengan 80 undi.

Tiga calon yang memperoleh undi tertinggi dari bahagian-bahagian akan mengisi tiga slot jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan UMNO kali ini. BH

Wan Rosdy sah Naib Presiden UMNO



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah



Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker