Benarkah Dari RM31 Juta Wang Yayasan Akal Budi Tiada Satu Sen Dibelanjakan Untuk Tujuan Kebajikan?

oleh Ab Jalil Backer

Dalam hujahan pembukaan kes, media melaporkan Pendakwaraya berkata bahawa tidak ada satu sen dari RM31 juta di dalam Yayasan Akal Budi digunakan untuk tujuan membasmi kemiskinan.

Namun saksi pertama Pendakwa pada hari pertama telah pun mengakui Yayasan Akalbudi ditubuhkan bagi tujuan khairat yakni kebajikan, bukannya membasmi kemiskinan semata-mata.

Pada hari kedua soalan peguam bela kepada saksi pendakwa, Mohd Samsuri Tun, 66 bekas Pengarah Yayasan Akal Budi mengesahkan bahawa yayasan ini telah melakasanakan puluhan projek kebajikan antaranya:

1. Masjid Terapung Durian Daun Melaka
2. Yayasan Al Falah
3. Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab di Melaka
4. Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Klawang
5. Surau As Sakinah IPK KL
6. Yayasan Nur Jiwa
7. Yayasan Restu
8. Pembinaan rumah-rumah anak yatim
9. Pembinaan Dewan Kemudahan Awam
10. Pemberian Biasiswa dan Sumbangan Melanjutkan Pelajaran
11. Bantuan Fakir miskin ibu tunggal dan anak yatim, Asnaf
12. Pembinaan rumah anak yatim Bagan Dato Perak di Kelantan Johor dan Melaka
13. Pembinaan masjid-masjid di Yunan China, Capetown South Africa, Narrathiwat dan Pattani di Selatan Thai
14. Naik taraf masjid 20 buah di semenanjung 5 di sabah dan 3 sarawak
15. Pembinaan rumah anak yatim di Rawang
16. Pembinaan Maahad Tahfiz dan Rumah Anak Yatim Rohingnya di Seberang Perai Pulau Pinang
17. Percetakan Al Quran oleh Yayasan Restu, bagi disebarkan ke negara-negara islam minoriti iaitu filipina korea dan negara2 lain
18. Menaiktaraf surau an nur di country heights kajang
19. Menanggung segala Perbelanjaan termasuk tiket lodging dan makan minum bagi Pihak Berkuasa Malaysia untuk terbang ke Ukraine bagi menyiasat dan membantu siasatan di dalam isu MH17.

Berikut petikan sebahagian sesi soal jawab antara peguam bela dengan saksi pendakwa:

S: Balik kepada Masjid Al Falah tadi, Sg Nipah darat di Bagan Dato, Kos upgrading 1.5 million ini memang adalah?

J: Memang ada renovation tapi saya tidak tahu siapa yang tanggung. Namun apa-apa di Bagan Dato semua kita akan mintak dari DSZ….

S: Pernah pegi ke masjid ini?
J: Pernah

S: Tengok tak naik taraf dia, logik tak 1.5 juta?
J: Logik la

J: Kalau betul Yayasan ini belanja 1.5 million untuk naik taraf akan lebih la dari 1 sen? (merujuk kepada opening statement)

Q: Betul la lebih dari 1 sen.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker