Isteri Hafidz Roshdi terima saman dari penghancur rumahtangga

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mengesahkan menerima surat tuntutan saman daripada ‘pihak ketiga’.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Nurul Shuhada memaklumkan ‘pihak ketiga’ memfailkan satu tuntutan saman terhadapnya susulan kenyataan yang dimuat naik pada 15 Februari lalu.

“Ramadan ketiga (hari ini), semalam (kelmarin) saya dimaklumkan oleh pihak peguam bahawa ada menerima surat tuntutan dari pihak ketiga.

“Pihak ketiga menuntut dari tulisan saya di Instagram pada 15/2/23 berkaitan ucapan terima kasih kerana menghancurkan hati saya dan anak-anak.

“Tak apa! Saya perlu bangkit. Jangan kalah, saya kena kuat demi perjuangan saya. Saya hendak bagi contoh pada anak-anak saya kena kuat berjuang, jangan biar dibuli dan dipijak-pijak,” katanya pada Sabtu.

Bagaimanapun Nurul Shuhada tidak menjelaskan secara terperinci siapakah ‘pihak ketiga’ tersebut.

Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendakwa pelakon itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Kemudian muncul pula wanita bernama Athira Yuhada yang mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.

Bagaimanapun, Athira mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada selepas didakwa menganggu-gugat kebahagiaan rumah tangga mereka.

Namun, Nurul Shuhada dalam perkongsiannya di laman Instagram pula memberitahu dia boleh memaafkan tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku.

Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker