Sindiket pemerdagangan manusia beralih kepada kumpulan kecil elak dikesan
Sindiket pemerdagangan manusia beralih kepada kumpulan kecil elak dikesan

KOTA BHARU: Sindiket pemerdagangan manusia di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand kini menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam kumpulan yang lebih kecil bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain, berkata sindiket yang sebelum ini membawa masuk antara 10 hingga 20 PATI dalam satu perjalanan, kini sejak bulan lalu mengurangkan jumlah itu kepada hanya dua hingga empat orang bagi setiap perjalanan.
“Mereka menunggu peluang dan ruang yang sesuai untuk mengelakkan operasi penguatkuasaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ahmad Radzi berkata, kebanyakan PATI yang diseludup masuk ke Malaysia adalah warga Myanmar yang datang untuk mencari pekerjaan di negara ini.
Beliau berkata, sindiket lazimnya menggunakan jeti haram dan ‘laluan tikus’ di sepanjang Sungai Golok, khususnya di Tak Bai dan Rantau Panjang, untuk membawa masuk PATI sebelum mengatur pengangkutan ke destinasi seterusnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN Bukan Sekadar Janji, Dirangka Berteraskan Keupayaan – Hasni
- Noraini Seru Pengundi Kekalkan BN, Pertahan Sri Medan Dan Semerah
- Manifesto Berteraskan Rekod, Bukan Retorik Untuk Rakyat – Johari
‘Bersama Kita Bina Tenang’, Tok Ai Santuni Setiap Lapisan Masyarakat
“Pengangkutan awam, khususnya bas ekspres, kini menjadi antara pilihan utama sindiket untuk membawa PATI selepas mereka memasuki Malaysia.
“Sindiket sentiasa menyesuaikan modus operandi mereka mengikut keadaan penguatkuasaan di lapangan,” katanya.
Beliau berkata, PGA akan terus memperhebat rondaan, pemantauan dan risikan bagi melumpuhkan rangkaian penyeludupan manusia serta mengekang kemasukan PATI secara haram.
Sempadan darat Malaysia-Thailand sepanjang kira-kira 662 kilometer, dengan Kelantan berkongsi sempadan sepanjang 96 kilometer dengan Thailand, yang sebahagian besarnya mengikuti aliran Sungai Golok.
Sungai Golok sejak sekian lama menjadi laluan yang dieksploitasi sindiket penyeludupan rentas sempadan dan pemerdagangan manusia berikutan kewujudan banyak jeti haram serta laluan tidak rasmi yang dikenali sebagai ‘laluan tikus’.
Sindiket pemerdagangan manusia beralih kepada kumpulan kecil elak dikesan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pembangunan Perumahan Rakyat Negeri Johor Sangat Seimbang – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.