Wanita cedera tersepit di bawah kereta bergerak sendiri

Wanita cedera tersepit di bawah kereta bergerak sendiri

Wanita cedera tersepit di bawah kereta bergerak sendiri
Foto hiasan.

IPOH: Seorang wanita cedera selepas kakinya tersepit di bawah kereta yang dipercayai bergerak secara tiba-tiba, ketika sedang membuka pintu pagar rumahnya di Dataran Pengkalan Barat 2, Taman Temara, di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.39 petang, sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh bergegas ke lokasi.

“Jentera tiba di lokasi pada 3.43 petang dan mendapati seorang wanita tempatan berusia 38 tahun tersepit pada bahagian kaki, di bawah sebuah kereta jenis Proton Wira.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai sedang membuka pintu pagar rumah ketika kenderaan yang enjinnya telah dihidupkan bergerak secara tiba-tiba, menyebabkan mangsa terjatuh sebelum tersepit di bawah kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata orang awam yang berada di lokasi cuba mengeluarkan mangsa namun tidak berjaya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Bersama Kita Bina Tenang’, Tok Ai Santuni Setiap Lapisan Masyarakat


Beliau berkata ketua operasi kemudian menjalankan penilaian awal di lokasi mengikut konsep “SAVER”, sebelum anggota bomba menggunakan peralatan khas Air Lifting Bag dan Hydraulic Cutter bagi mengangkat kenderaan serta mengeluarkan mangsa.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan didapati mengalami kecederaan pada bahagian kaki, sebelum diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya yang memaklumkan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.16 petang.

– BERNAMA

Wanita cedera tersepit di bawah kereta bergerak sendiri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pembangunan Perumahan Rakyat Negeri Johor Sangat Seimbang – Ahmad Zahid

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker