Sebuah rumah di tingkat 3 apartmen terbakar

Sebuah rumah di tingkat 3 apartmen terbakar

Sebuah rumah di tingkat 3 apartmen terbakar

KUALA LUMPUR: Sebuah rumah di tingkat tiga apartmen di Taman Sri Rampai, di sini musnah terbakar, malam ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 9.44 malam.

Katanya, susulan itu, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dengan bantuan BBP Setapak dan BBP Keramat digerakkan ke lokasi kejadian.

“Menurut Komander Operasi, M Letchumanan, setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah apartmen di tingkat tiga.

“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman secara offensive dan defensive sebelum berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada jam 10.20 malam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Bersama Kita Bina Tenang’, Tok Ai Santuni Setiap Lapisan Masyarakat


Katanya, kebakaran membabitkan anggaran kemusnahan sebanyak 100 peratus.

Bagaimanapun katanya, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Operasi membabitkan seramai 21 anggota dengan lima jentera terdiri daripada tiga Fire Rescue Tender (FRT) dan dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Sebuah rumah di tingkat 3 apartmen terbakar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pembangunan Perumahan Rakyat Negeri Johor Sangat Seimbang – Ahmad Zahid

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker