Cuaca terlampau panas, warga Poland goreng telur guna cahaya matahari
Cuaca terlampau panas, warga Poland goreng telur guna cahaya matahari

WARSAW – Poland sedang dilanda gelombang haba yang ekstrem, sehinggakan penduduk di negara berkenaan mampu memasak makanan di luar rumah tanpa menggunakan dapur gas atau elektrik.
Dalam klip video yang tular di media sosial, seorang wanita di Warsaw sengaja meninggalkan sebuah kuali di bawah panas terik matahari.
Selang beberapa ketika, permukaan kuali tersebut menjadi cukup panas untuk memasak sebiji telur.
Menurut laporan perkhidmatan kaji cuaca tempatan, suhu di beberapa wilayah di Poland kini mencecah 40 darjah Celsuis.Telur organik
Meskipun berdepan cuaca yang membakar, sebahagian penduduk sempat berseloroh dan melihat situasi itu dari sudut positif.
Mereka menyifatkan fenomena itu sebagai peluang terbaik untuk menjimatkan kos bil elektrik dengan memasak sarapan pagi terus di balkoni rumah masing-masing. – AGENSI
Cuaca terlampau panas, warga Poland goreng telur guna cahaya matahari
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pembangunan Perumahan Rakyat Negeri Johor Sangat Seimbang – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.