Polis tahan pemandu kereta rempuh penunggang motosikal hingga maut

Polis tahan pemandu kereta rempuh penunggang motosikal hingga maut

Polis tahan pemandu kereta rempuh penunggang motosikal hingga maut
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Polis menahan pemandu kereta yang dipercayai meninggalkan lokasi kejadian tanpa berhenti dalam kejadian kemalangan maut di Jalan Tun Razak, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa lelaki berusia 29 tahun yang menunggang motosikal jenis 135LC, di lorong kiri ketika melalui bangunan TH Selborn menghala ke Bulatan Pahang, dipercayai dilanggar dari belakang oleh BMW.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata akibat pelanggaran itu mangsa tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan (MA), Hospital Kuala Lumpur, manakala pemandu kenderaan terbabit bertindak meninggalkan lokasi tanpa berhenti memberikan bantuan.

“Hasil siasatan lanjut, polis berjaya mengesan kenderaan yang dipercayai terbabit dan mendapati ia adalah sebuah kenderaan sambung bayar yang digunakan ketika kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zamzuri berkata, pemandu terbabit, lelaki tempatan berusia 30 tahun, tampil secara sukarela ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur kira-kira jam 6.30 petang bagi membantu siasatan.

“Suspek kemudian ditahan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebelum menjalani ujian pernafasan alkohol serta saringan awal air kencing.

“Hasil keputusan kedua-dua ujian didapati negatif,” katanya.

Katanya, polis sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada pihak pendakwa raya esok bagi tujuan pertuduhan di mahkamah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Polis tahan pemandu kereta rempuh penunggang motosikal hingga maut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pembangunan Perumahan Rakyat Negeri Johor Sangat Seimbang – Ahmad Zahid

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker