3 Teras Islam berkait dengan alam sekitar yang wajib kita patuhi

3 Teras Islam berkait dengan alam sekitar yang wajib kita patuhi

Untuk hidup aman di bumi kita mestilah berdamai dengan langit. Bagi manusia, setiap apa yang mereka buat dan fikirkan akhirnya akan ditentukan oleh ada, atau tidak adanya hubungan mereka dengan Tuhan. Hubungan manusia dengan Sang Pencipta menentukan tindakan atau tingkah laku mereka.

Adalah sukar untuk kita mencapai keamanan di dunia ini, sama ada dengan alam sekitar atau sesama manusia, tanpa mencapai kedamaian hati. Dan, kedamaian hati tidak dapat dicapai jika manusia tidak menerima kewujudan Tuhan. Untuk hidup aman di bumi kita mestilah berdamai dengan langit. (Cendekiawan Islam, Dr. Seyyed Hossein Nasr)

Ada sesuatu yang menarik dari inti pati ceramah Dr. Jamal Badawi bertajuk Islam & The Natural Environment. Pengisahan manusia, Islam dan alam persekitaran serta tuntutan untuk menjaganya.

Tuhan bukan sahaja Pencipta alam, tetapi juga Penjaganya. Hukum alam tidak wujud secara sengaja, sebaliknya sebahagian daripada ciptaan yang ditentukan. Manusia pula ialah pemegang amanah yang bertanggungjawab mengimarah alam serta memelihara ciptaan-Nya dengan baik.

Sekarang timbul persoalan, apakah kaitan agama, atau Islam dengan alam sekitar, sedangkan konsep berkaitan alam sekitar adalah satu konsep moden yang baru dicipta pada abad 20 dan 21?

Sebenarnya, definisi Islam sendiri mempunyai kaitan dengan alam sekitar. Berdasarkan perkataan Islam dari segi linguistik yang bermaksud sejahtera dan tunduk/patuh. Maka Islam adalah untuk mencapai kesejahteraan/kedamaian dengan Allah, dalam diri sendiri, manusia, dunia haiwan, tumbuhan serta alam sekitar melalui kepatuhan kepada-Nya.


Baca Artikel Menarik:


Islam bukan satu agama sempit yang menginginkan kepatuhan dalam beberapa aspek kehidupan sahaja. Sebaliknya, secara literal juga Islam bermaksud satu cara hidup yang sempurna. Ia membawa peraturan dalam segenap aspek kehidupan, termasuk bagaimana memelihara/berkelakuan dengan alam sekitar.

Jika kita melihat al-Quran pula, kita dapati Allah S.W.T. menarik perhatian terhadap nilai dan kepentingan ciptaan-ciptaan lain, walaupun manusia ialah ciptaan-Nya yang terbaik.

Surah-surah dalam al-Quran contohnya, dinamakan dengan nama manusia (seperti Ibrahim, Nuh, Mariam, dan Muhammad), juga nama binatang (al-Ankabut (labah-labah), an-Naml (semut), an-Nahl (lebah) dan al-Baqarah (lembu betina)). Selain itu, terdapat surah dengan nama tumbuhan seperti at-Tin, dan nama objek lain seperti al-Maaidah (hidangan), al-Kahf (gua), ar-Ra’d (guruh) dan sebagainya).

Teras Islam dan alam

Bagaimana teras ajaran Islam mempunyai kaitan dengan alam sekitar?

Pertama Manifestasi:

Rukun iman yang pertama ialah percaya kepada Allah dengan penuh keyakinan dan kasih sayang. Menzahirkan kasih sayang kepada Allah itu bukan sekadar dengan kata-kata kosong, tetapi juga dengan amal perbuatan.

Allah memerintahkan kepada Rasulullah s.a.w. untuk menzahirkan kasih sayang, “Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu’….” (Ali Imran: 31)

Maka perlu ada manifestasi rasa kasih sayang. Sudah tentulah pemeliharaan alam sekitar juga diterima, dan sebahagian daripada manifestasi itu.

Kedua Rahmat: al-Quran juga menerangkan sebab Rasulullah s.a.w. diturunkan,

“Dan tiadalah kami mengutus kamu (Wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam.” (al-Anbiya’: 107)

Perkataan yang digunakan ialah kata jamak ‘alamiin’, yang bermaksud seluruh alam, dan bukannya satu alam sahaja. Ada pelbagai alam yang mendapat rahmat dengan adanya Islam, rahmat kepada manusia sama ada Muslim mahupun bukan Muslim, rahmat kepada golongan jin, begitu juga alam haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

Ketiga Imarah:

Satu perkara penting dalam Islam ialah identiti seseorang sebagai manusia. Bagi orang Islam, manusia dijadikan sebagai khalifah Allah di muka bumi. Tanggungjawabnya adalah memegang amanah dan untuk mengimarahnya, membina kehidupan serta peradaban yang seimbang. Inilah tanggungjawab dan destiny kita sebagai manusia.

Apabila bercakap tentang imarah dan amanah, maka kita perlulah mengikut peraturan-peraturan yang ditentukan oleh pihak yang meletakkan amanah itu. Bermakna, manusia tidak seharusnya berkelakuan sesuka hati terhadap alam yang diamanahkan kepada kita, membazir, memusnahkan atau mencemarinya.

Ada peraturan-peraturan yang ditentukan oleh Pemilik Alam ini iaitu Allah, dan kerana itu kita perlu berhati-hati dengan tindakan kita, dan ini termasuk apa yang dilakukan terhadap alam sekitar. Wallahu a’lam Utv

3 Teras Islam berkait dengan alam sekitar yang wajib kita patuhi

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shila Amzah akui Ubai istimewa buatnya

Ayda, Fyna Jebat Dikecam, Baju Tema Pari-Pari Terjojol

Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker