Isu kalimah Allah: Mengapa Bos Mydin kecam Ketua Pemuda UMNO?

Pemilik pasar raya Mydin, Ameer Ali Mydin membidas tindakan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh yang menurutnya “mengeksploitasi” isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

“Dia nak heboh-hebohkan lagi buat apa?

“Sepatutnya parti politik menjauhi isu 3R, kalau dah terjadi kita tak mahu bakar lagi…letak minyak tanah lagi,” kata Ameer dipetik Free Malaysia Today.



Menurut Ameer, gesaan Akmal supaya umat Islam memboikot rangkaian kedai serbaneka KK Mart – di mana stoking itu ditemui sebelum ini akan menjejaskan keyakinan pelabur dan mata pencarian pekerja yang kebanyakannya orang Melayu dan Islam.

“KK Mart dan kilang itu pun dah minta maaf…apa lagi yang mereka boleh buat?,” kata Ameer yang juga presiden Persatuan Peruncit Bumiputera.

Mengakui isu itu adalah satu perkara yang serius, dia pada masa sama berkata ia tidak perlu diperbesarkan, terutama untuk kepentingan politik.

Kontroversi bermula apabila gambar stoking tertera kalimah Allah yang dijual di cawangan KK Mart di Bandar Sunway, Selangor tular di media sosial minggu lalu.



Pengurusan KK Mart dan syarikat pembekal, Xi Jian Chang Sdn Bhd telah membuat permohonan maaf berikutan insiden itu.

Majlis Perbandaran Batu Pahat telah memberi tempoh 60 hari kepada Xi Jian Chang untuk memberikan penjelasan bertulis jika tidak ingin berdepan risiko premis ditutup.

Walaupun KK Mart telah menaikkan notis permohonan maaf digital di cawangannya, Akmal tetap menggesa kedai itu diboikot dan agar KK Mart menaikkan kain rentang permohonan maaf.

Malam tadi, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata parti itu menyokong penuh pendirian Akmal berhubung perkara itu.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker