PRN Johor: Hilang deposit pun kami bangga kata Presiden PAS

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata pemimpin dan ahli partinya itu tidak pernah kecewa jika kalah dalam mana-mana pilihan raya.

Sebaliknya kata Abdul Hadi merak akan tetap akan berbangga jika dicalonkan bertanding dalam sebarang pilihan raya walaupun berdepan risiko kehilangan deposit.

Katanya, sebagai parti yang mendukung prinsip demokrasi PAS juga tidak akan ketinggalan dalam mana-mana pilihan raya kecil (PRK), pilihan raya negeri (PRN) atau pilihan raya umum (PRU) sepanjang penubuhan parti itu.



“Kami tidak akan serik dengan hilang wang pertaruhan dan akan terus meletakkan calon.

“Ini kerana pemimpin dan ahli PAS memang sentiasa bersemangat untuk menjadi calon.

“Apa yang menarik di semua tempat kita bertanding walaupun lokasi itu tiada cawangan dan hilang wang pertaruhan, tetapi orang yang bertanding tetap bangga walaupun kalah dalam pilihan raya itu,” katanya dalam satu wawancara disiarkan Sinar Harian, hari ini.

Anggota Parlimen Marang itu berkata demikian ketika ditanya sama ada PAS bersedia berdepan satu lagi PRN jika BN bertindak membubarkan mana-mana dewan undangan negeri bagi memberikan tekanan kepada perdana menteri bagi mempercepatkan PRU ke-15.



PAS sekali lagi turun bertanding dalam PRN dengan panji-panji Perikatan Nasional di Johor. Sebelum ini mereka bertanding bersama Bersatu dan Gerakan di Melaka.

Sementara itu ditanya pendapatnya jika PRU ke-15 diadakan lebih awal Abdul Hadi berkata, perkara itu masih dalam kajian dan akan dinilai pasukan pemikir PAS dari masa ke masa.

“Kita bekerjasama dengan parti lain dan tidak membuat keputusan bersendirian.

“Cuma PAS ada pasukan pengkaji tersendiri dan akan dibuat perbandingan daripada rakan lain. Keputusan dibuat secara bersama,” jelasnya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]



Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker