Yasin sah tak waras ketika kejadian kes dadah

Yasin sah tak waras ketika kejadian kes dadah

Laporan psikiatri Muhammad Yasin Sulaiman dikeluarkan Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak antara lain mengesahkan penyanyi nasyid dan komposer itu tidak waras ketika kejadian membabitkan dadah, tahun lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin, berkata keadaan mental penyanyi itu bertambah baik sekali gus layak dibicarakan dan boleh membela diri atas tuduhan kes dadah.



“Ada tiga kesimpulan, pertama tertuduh disahkan menghidap penyakit bipolar dan hyperthyroidism (gangguan mental). Saya secara ringkas merujuk kepada laporan itu dan disahkan tertuduh tidak waras ketika kejadian.

“Ini perkembangan baharu bagi pihak pendakwaan dan saya diarahkan oleh pihak pendakwaan Selangor untuk memohon satu lagi tarikh sebutan.

“Saya perlu dapatkan arahan baharu daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berkaitan perkembangan itu. Sekiranya diberikan tarikh sebutan baharu, mohon sebulan dari hari ini,” katanya ketika sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Nik Nasimah Nik Mohammad, hari ini.

Gangguan bipolar adalah penyakit mental yang menyebabkan perubahan mod tinggi dan rendah yang teruk serta perubahan dalam tidur, tenaga, pemikiran serta tingkah laku.



Orang yang mengalami gangguan bipolar boleh mengalami tempoh di mana mereka berasa terlalu gembira dan bertenaga dan dalam tempoh lain pula berasa sangat sedih, putus asa dan lesu.

Pada 8 Mei lalu, mahkamah memerintahkan penyanyi nasyid itu dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk diperiksa tahap kesihatan mentalnya.

Hakim membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan peguam bela Muhammad Yasin, Ariff Azami Hussein, mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Pada 31 Mac 2022, Muhammad Yasin, 48, yang terkenal melalui lagu ‘Mimpi Laila’ berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac tahun sama.



Bagaimanapun, Yasin terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan berkenaan sebelum didakwa atas tuduhan memiliki ganja.

Penyanyi itu juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen kerana menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah merah di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Sementara itu, Ariff Azami, berkata laporan perubatan itu mengesahkan dua perkara mustahak iaitu anak guam tidak waras ketika kejadian dan layak dibicarakan.

“Kami percaya perbicaraan terhadap tertuduh boleh diteruskan seperti dimaklumkan pendakwaan, bicara secara formal mengikut Bab 33 Kanun Tatacara Jenayah (CPC) supaya akhirnya satu perintah di bawah Seksyen 347 CPC iaitu penghakiman pembebasan atas alasan gangguan mental dapat dikeluarkan.



“Perintah akhir di bawah Seksyen 348 CPC di mana pesakit dihantar semula untuk diubati hingga diperakui sihat oleh lembaga perubatan.

“Tiada bantahan untuk satu lagi tarikh sebutan kes namun bagi menjimatkan masa, mohon tarikh bicara seawal mungkin selama dua hari,” katanya.

Hakim menetapkan 9 Ogos untuk sebutan semula kes, manakala 28 serta 29 Ogos untuk bicara. BH

Yasin sah tak waras ketika kejadian kes dadah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain



Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini

Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)

Cebisan mayat berselerak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker