Kerajaan setuju ganti hukuman mati mandatori

Kerajaan setuju ganti hukuman mati mandatori

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata kerajaan bersetuju dengan hukuman gantian membabitkan 12 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori termasuk satu kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234).

Selain itu katanya, 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah juga akan dipinda bagi memastikan hukuman yang diterima setimpal dengan jenayah dilakukan.



Beliau berkata, kerajaan juga setuju melaksanakan moratorium terhadap hukuman mati membabitkan 1,337 banduan.

Perkara itu diputuskan dalam dua mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai Cadangan Balas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dipengerusikan Wan Junaidi pada 6 dan 13 Sept.

Menurutnya, satu memorandum akan dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk dipertimbang dan diluluskan sebelum pindaan terhadap undang-undang terlibat dibentangkan bagi bacaan pertama dalam sidang Dewan Rakyat pada 4 Okt dan bacaan kedua pada sidang 22 Nov ini.

“Kerajaan juga akan mengadakan satu sesi libat urus bersama wakil ahli Dewan Rakyat dalam masa terdekat bagi membentangkan penetapan dasar berkaitan pelaksanaan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori.



“Dalam hal ini, kerajaan sentiasa komited untuk memperjuangkan undang-undang yang lebih adil dan penuh belas kasihan dalam isu sebatan serta pelaksanaan hukuman mati,” katanya dalam kenyataan.

Pada Jun lalu, Wan Junaidi memaklumkan persetujuan kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori, susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori pada Mesyuarat Jemaah Menteri.

Susulan pengumuman itu, semua pelaksanaan hukuman mati terhadap banduan akhir ditangguhkan sehingga pemansuhan itu berkuat kuasa. FMT

Kerajaan setuju ganti hukuman mati mandatori




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)



Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]

Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker