Syasya Rizal Kembali Menyanyi [VIDEO]

Netizen Semakin Teruja Melihat Perubahannya!

Syasya Rizal Kembali Menyanyi [VIDEO]

Syasya Rizal Kembali Menyanyi [VIDEO]

Siapa yang tidak mengenali dengan ahli kumpulan wanita Malaysia yang sedang meningkat naik iaitu Dolla. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2019 serta terdiri daripada empat orang ahli kumpulan iaitu Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya.

Dolla telah mengikat kontrak bersama Universal Music Malaysia serta mereka mula dikenali ramai apabila single pertama “Dolla Make You Wanna” mendapat perhatian yang meluas dari rakyat Malaysia.

Dolla semakin dikenali ramai dan peminatnya kini kian bertambah, bukan sahaja hanya di Malaysia malah di Indonesia, Singapura, Brunei, bahkan di United Kingdom serta China. Terdahulu, Dolla mengeluarkan kenyataan rasmi apabila mereka akan bergerak seramai tiga orang di dalam kumpulan tersebut setelah ketiadaan Syasya.

“Tolonglah Keluarkan Lagu, Mesti Ramai Akan Sokong Syasya”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @x.o.house yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 251 ribu, tanda suka sebanyak 12 ribu dan sebanyak 60 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Syasya Rizal yang kembali aktif di dalam bidang nyanyian selepas beliau membuat persembahan bersama penyanyi lain untuk menghiburkan peminatnya itu.

@x.o.housee

Hey Ladies X Lelaki Cadangan by @dalia ft @Mama Sya2 💁🏻💕😍 #XOConcert #xoconcertvibes #SchoolofGalau #XoConcert

♬ original sound – XO House – XO House

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa berkemungkinan Syasya Rizal bakal mengeluarkan lagu baharu selepas beliau bergerak solo kini.

Syasya Rizal Kembali Menyanyi [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker