4 perkara yang menyebabkan ibadah sukar dilakukan menurut Imam al-Ghazali

4 perkara yang menyebabkan ibadah sukar dilakukan menurut Imam al-Ghazali

Iman Al-Ghazali menjelaskan, ada empat perkara yang sering menjadi halangan manusia ketika beribadat kepada Allah S.W.T. antaranya :

Dunia



Dunia tidak lagi mendatangkan manfaat kepada manusia apabila tiba saat seseorang kembali kepada Maha Pencipta. Harta, wang ringgit, pangkat dan kemewahan antara elemen yang menyebabkan manusia lupa diri dan terlalai dari landasan yang sepatutnya.

Ramai yang tersalah langkah apabila dilimpahkan dengan kemewahan dunia. Niat asal sering kali terganggu dan terhalang apabila hidup sudah mula dilimpahi dengan keseronokan dunia.

Ingatlah dunia hanyalah ujian, jangan terpedaya dengan helah dunia. Allah S.W.T. telah memberi amaran dalam surah Ali-Imran:185,

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya”.



Setiap amalan bermula dengan niat. Jika niat dimulakan kerana Allah, ia akan menjadi ibadat, tetapi menjadi adat jika sebaliknya. Ada caranya untuk mengatasi perkara ini iaitu dengan mengambil kenikmatan dunia sekadar keperluan dan bukan menjadi hamba kepada harta benda dan wang ringgit yang dimiliki.

Nafsu

Penghalang kedua ialah keinginan atau nafsu yang sentiasa merajai diri. Tidak dinafikan ramai daripada kita tunduk dan tewas pada kehendak nafsu dengan menyingkirkan niat dan azam untuk melakukan kebaikan dalam hidup. Kejahatan dan kemungkaran yang timbul dari nafsu inilah yang sukar untuk dikekang jika tidak beristiqamah untuk melawannya.

Firman Allah S.W.T. dalam surah Yusuf:53,



“Sesungguhnya nafsu itu akan mendorong kepada kejahatan melainkan nafsu yang diberi rahmat oleh Allah”

Makhluk

Gangguan dan halangan daripada makhluk Allah termasuk anak-anak, binatang ternakan, pekerjaan, dan harta benda. Semua faktor ini ada akalanya boleh membawa manusia menjadi lalai. Fiman Allah,

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak pinak kamu itu adalah ujian kepada kamu.” al-Anfal: 28.



Antara ciri melalaikan apabila sanggup meninggalkan solat untuk bersosial, dan ibu bapa melewatkan ibadat kerana melayan kerenah anak. Inilah yang dikatakan penghalang yang berpunca daripada makhluk.

Syaitan

Desakan dan bisikan iblis yang sentiasa mempunyai niat menggoda dan menipu daya manusia ke jalan sesat hingga hari kiamat juga dikaitkan dengan halangan beribadah. Bagi yang tidak kuat benteng agamanya, lebih mudah untuk syaitan melakukan tugas menjadikan manusia sebagai sahabat.

Bagi syaitan, tiada siapa menyuruh manusia mengikutnya. Sebaliknya, kerana kelemahan manusia itu sendirilah yang memaksa diri mereka dihumban ke dalam api neraka sebagaimana Allah berfirman,



“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu semua, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi). Sebenarnya dia hanyalah mengajak manusia supaya menjadi penghuni neraka. al-Fatir: 6 Utv

4 perkara yang menyebabkan ibadah sukar dilakukan menurut Imam al-Ghazali

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Perempuan Itu ‘panas’

‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami

Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib

Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker