Lelaki parah ditetak dengan parang (Video)

Lelaki parah ditetak dengan parang (Video)

SEORANG lelaki parah selepas ditetak dua individu ketika menjamu selera dalam satu kejadian di Restoran Tepian Raudhah Benut, Pontian semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut daripada aduan orang awam pada pukul 3.12 petang.



Katanya, kejadian membabitkan seorang lelaki tempatan berbangsa Cina ditetak dipercayai menggunakan senjata jenis parang.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota telah ke lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat daripada saksi-saksi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kejadian itu yang tular di media sosial turut dikongsi UtusanTV di laman TikTok malam tadi.

Ujarnya, mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas cedera akibat tetakan.



“Dua orang suspek telah melarikan diri dengan menaiki kenderaan Toyota Alphard berwarna putih dengan nombor pendaftaran JTS 6816.

“Setelah membuat semakan nombor kenderaan tersebut didapati palsu,” tambahnya.

Pihaknya juga telah memperoleh rakaman litar tertutup (CCTV) di restoran tersebut dan kes kini disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Orang awam yang melihat kejadian tersebut juga diminta tampil menyalurkan maklumat kepada Inspektor Muhammad Syamil A Fadzil (013-7145506) bagi membantu pihak polis untuk mengesan kedua-dua suspek. Utv



Lelaki parah ditetak dengan parang (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]



Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker