Azam Baki akan dipanggil melalui sapina – PSC

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) akan memohon kepada Setiausaha Parlimen untuk memanggil Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menerusi sapina.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, salah seorang ahli PSC, Chan Foong Hin berkata, agenda untuk memanggil Azam menerusi sapina itu akan dibin­cangkan menerusi mesyuarat PSC dalam masa terdekat.

“Jika beliau (Azam) mahu begitu (melalui sapina) maka kita akan mohon kepada Setiausaha Parlimen untuk berbuat demikian. Mungkin sebelum ini, kita ambil pendekatan yang lebih sopan dengan menulis sebagai jemputan.



“Sebenarnya secara konven­syen, kita biasanya hantar surat jemputan dan orang yang dijemput itu sepatutnya datang berjumpa bagi memenuhi permintaan PSC, tetapi beliau tidak datang dan menyulitkan keadaan.

“Kita akan percepatkan perkara ini (panggil Azam), kita tidak mahu ia berlarutan lama sehingga beliau bersara. Tiada guna lagi selepas itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ahad lalu, Azam dilaporkan berkata, beliau tidak hadir di depan PSC bulan lalu kerana hanya menerima surat jemputan dan beliau ada pilihan untuk tidak hadir.

Jika disapina katanya Azam, beliau pasti akan hadir kerana sebagai pegawai penguat kuasa, beliau perlu menghormati undang-undang yang telah diperuntukkan.



Bagaimanapun, Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin sebelum itu dilaporkan berkata, mesyuarat PSC itu ditangguhkan ke tarikh yang akan diputuskan kemudian disebabkan isu-isu yang perlu dirujuk kepada penasihat undang-undang Parlimen.

Sementara Foong Hing yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu daripada DAP berharap, Azam akan hadir apabila disapina nanti kerana tiada alasan lagi untuk Ketua Pesuruhjaya SPRM itu mengelak.

Selain Foong Hin, wakil pembangkang lain dalam PSC Bagi Agensi Di Bawah JPM ialah Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman; Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen.

Wakil kerajaan pula terdiri daripada Pengerusi merangkap Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman; Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd. Nizar Zakaria; Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau dan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd. Kadir. – UTUSAN



Azam Baki akan dipanggil melalui sapina – PSC


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]



Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker