Gaza umpama padang jarak padang tekukur – Ketua Unicef

Gaza umpama padang jarak padang tekukur – Ketua Unicef

Bandaraya Gaza: Ketua Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) pada Rabu menyifatkan keadaan di Semenanjung Gaza umpama ‘padang jarak padang tekukur’ berikutan serangan kejam Israel di wilayah Palestin yang dikepung.

“Hari ini saya melawat Semenanjung Gaza untuk bertemu dengan kanak-kanak, keluarga mereka dan kakitangan Unicef. Apa yang saya lihat dan dengar amat mendukacitakan.



“Mereka terpaksa mengharungi bom berulang kali, kemusnahan dan hilang tempat tinggal,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Pengarah Eksekutif Unicef Catherine Russell.

“Di wilayah ini, tiada tempat selamat untuk satu juta kanak-kanak Gaza,” katanya.

Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, lebih 4,600 kanak-kanak terbunuh dan hampir 9,000 lagi cedera di Semenanjung Gaza.

“Ramai kanak-kanak hilang dan dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan dan rumah susulan penggunaan bahan letupan di kawasan berpenduduk,” kata Russell.



“Bayi baru lahir yang memerlukan penjagaan khusus meninggal dunia di sebuah hospital di Gaza kerana tiada bekalan elektrik dan kelengkapan perubatan, di tengah-tengah keganasan berterusan dengan kesan teruk,” katanya.

Beliau menggesa pihak-pihak yang terbabit dalam konflik Gaza supaya menghentikan kekejaman.

“Saya sekali lagi menyeru semua pihak supaya memastikan kanak-kanak dilindungi dan dibantu, mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Hanya pihak yang terbabit dalam konflik boleh menghentikan keganasan ini,” kata Russell.

Sekurang-kurangnya 11,320 rakyat Palestin terbunuh termasuk hampir 7,800 wanita dan kanak-kanak, dan lebih 29,200 lagi cedera sejak 7 Oktober, menurut angka terkini pihak berkuasa Palestin.



Beribu-ribu bangunan, termasuk hospital, masjid, dan gereja rosak atau musnah dalam serangan tentera penceroboh Israel. HM

Gaza umpama padang jarak padang tekukur – Ketua Unicef

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy



Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker