Pemimpin Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri terbunuh

Pemimpin Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri terbunuh

Pemimpin Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri, terbunuh dalam serangan dron oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) awal minggu ini, kata Presiden AS, Joe Biden.

“Akhirnya keadilan sudah ditegakkan, kini pemimpin pengganas ini sudah tiada,” katanya dalam kenyataan menerusi televisyen, hari ini.



Operasi serangan itu adalah yang terbesar dan memberi tamparan hebat kepada kumpulan berkenaan, sejak pengasasnya, Osama bin Laden, dibunuh tentera AS pada 2011.

al-Zawahiri, pakar bedah warga Mesir, yang ditawarkan ganjaran AS$25 juta (RM111 juta) kepada sesiapa yang membantu penahanannya, turut terbabit dalam menyelaras serangan September 2001 di AS, yang mengorbankan hampir 3,000 mangsa.

Sementara itu, Biden berkata, beliau berharap pembunuhan al-Zawahiri akan memberi keadilan kepada keluarga mangsa yang terbunuh dalam serangan 11 September 2001.

“Menjadi harapan saya tindakan tegas ini akan membawa satu lagi langkah penamatan,” katanya dalam ucapan. HM



Pemimpin Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri terbunuh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura



Hulk Hogan berdikir barat (Video)

‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker