Mangsa gempa berdepan bencana kedua akibat kesejukan melampau

Mangsa gempa berdepan bencana kedua akibat kesejukan melampau

ALEPPO: Mangsa yang terselamat daripada gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria kini mungkin berdepan ‘bencana kedua’ akibat cuaca sejuk melampau dan salji, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Bercakap pada sidang akhbar di Geneva, Pengurus Tindak Balas Bencana WHO, Robert Holden, memberi amaran terdapat ramai orang mencari perlindungan di tempat terbuka, dalam keadaan yang ‘semakin teruk dan mengerikan’.



“Terdapat gangguan besar terhadap bekalan air asas, serta gangguan terhadap bahan api, bekalan elektrik, bekalan komunikasi, dan asas kehidupan, sekali gus mewujudkan kemungkinan besar bahawa kami akan menyaksikan bencana sekunder.

“ini boleh menyebabkan kemudaratan kepada lebih ramai orang berbanding bencana awal jika kami tidak bergerak dengan kadar dan intensiti yang sama seperti yang kami lakukan di bahagian mencari dan menyelamat,” katanya.

Cabaran itu menjadi lebih rumit dengan kawasan terjejas di kedua-dua negara menghadapi suhu yang lebih sejuk.

Sebagai contoh, di bandar Aleppo, Syria, ia diramalkan bahawa suhu mencecah serendah -3 hingga -2 darjah Celsius sepanjang hujung minggu ini, suhu terendah yang dicatatkan pada Februari adalah sekitar 2.5 darjah Celsius.



Merumitkan keadaan lagi, konflik yang berlaku bertahun-tahun lamanya serta krisis kemanusiaan yang teruk bermakna terdapat kesukaran tambahan untuk membantu mangsa yang terselamat di Syria, di mana bantuan antarabangsa lambat tiba.

Ia mengambil masa sehingga Khamis lalu untuk konvoi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang pertama untuk menyeberang dari Turkiye ke bahagian barat laut Syria.

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB berkata konvoi yang tiba, membabitkan enam trak membawa barangan perlindungan dan barangan bukan makanan, menyeberang melalui lintasan Bab al-Hawa – satu-satunya koridor bantuan kemanusiaan antara Turkiye dengan Syria.

“Operasi bantuan rentas sempadan PBB dimulakan semula. Kami berasa lega kerana kami dapat menghubungi penduduk di barat laut Syria dalam masa yang mendesak ini.



“Kami berharap operasi ini dapat berterusan kerana ini adalah talian hayat kemanusiaan dan satu-satunya saluran berskala,” kata Sanjana Quazi, ketua OCHA Turkiye kepada CNN.

Penghantaran keperluan itu menamatkan tempoh tiga hari di mana tiada bantuan tiba di sempadan Bab al-Hawa yang melintasi dari Turkiye ke kawasan yang dikuasai pemberontak di utara Syria.

Keadaan di Syria amat berbeza berbanding dengan di Turkiye, di mana banyak negara dan pertubuhan antarabangsa menawarkan menghantar pasukan penyelamat, derma dan bantuan.

Setakat ini, beberapa negara, termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iraq dan Russia, sudah menghantar bantuan ke lapangan terbang yang dikawal rejim.



Negara lain, termasuk China, Arab Saudi, Qatar dan Canada, juga telah berjanji untuk menghantar bantuan.

Namun begitu, pemerintah Syria berkata ia memerlukan lebih banyak dan menggesa sekatan yang dikenakan ke atas negara itu ditarik balik.

Bilangan orang yang memerlukan bantuan kemanusiaan di Syria sebelum gempa bumi adalah sekitar 15.3 juta tetapi jumlah itu kini perlu disemak, kata El-Mostafa Benlamlih, Penyelaras Residen PBB untuk Syria.

Di Aleppo saja seramai 100,000 orang dipercayai kehilangan tempat tinggal, dengan 30,000 daripada jumlah itu kini ditempatkan di sekolah dan masjid. BH



Mangsa gempa berdepan bencana kedua akibat kesejukan melampau

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara



Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker