Dua pengunjung cemas terperangkap kepala air

Dua pengunjung berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam kejadian kepala air, di kawasan Air Terjun Lata Bayu, di sini hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd. Faizol Ab. Aziz berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian daripada orang awam kira-kira pukul 4.55 petang tadi.

“Seramai sembilan anggota APM bergegas ke lokasi kejadian dan mangsa berjaya diselamatkan pada pukul 5.55 petang tadi,” katanya.



Katanya, seorang mangsa berusia 22 tahun yang mengalami kecederaan di kepala dibawa ke Hospital Baling untuk mendapatkan rawatan, manakala seorang lagi dilaporkan dalam keadaan sedar dan stabil,” ujarnya.

Beliau pada masa sama menasihatkan orang ramai yang ingin melakukan aktiviti riadah di kawasan air terjun supaya berhati-hati dan segera meninggalkan kawasan tersebut jika terdapat tanda berlakunya kepala air

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta



Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker