Wanita kesal panjangkan kaki supaya kelihatan lebih tinggi

Fischer menambah ketinggian sebanyak 13.9 sentimeter daripada ketinggiannya sebelum ini iaitu 167 sentimeter. – Instagram

Seorang model wanita di Jerman kesal menjalani pembedahan memanjangkan kaki dalam prosedur yang menelan belanja £130,000 (RM767,127), lapor akhbar The Sun UK semalam.

Theresia Fischer, 31, berkata, dia dipaksa menjalani pembedahan itu oleh bekas suami yang menyaksikan ketinggiannya meningkat 13.9 sentimeter.

Wanita itu mempunyai batang teleskopik boleh laras yang dimasukkan ke dalam tulang keringnya. Alat itu diputar secara beransur-ansur untuk memanjangkan kakinya.

Menurut Theresia, bekas suami memberitahu bahawa dia lebih menyukai wanita tinggi dan menyuruhnya memanjangkan kaki sehingga 14 sentimeter.



“Sebelum ini, saya gembira dengan bentuk tubuh saya. Namun, saya kini malu kerana bersetuju menjalani pembedahan yang tidak sepatutnya dilakukan,” ujarnya.

Dia yang sebelum ini mempunyai ketinggian 167 sentimeter berkata, tulang keringnya dipatahkan, otot betis dibelah dan rod telekospik digunakan dalam pembedahan tersebut. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta



Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker