Dunia kini diduduki 1 billion manusia gemuk

SATU bilion orang termasuk 159 juta kanak-kanak di seluruh dunia kini mengalami obesiti.

Perkara itu didedahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sambil menyatakan mereka yang gemuk itu juga berisiko mendapat penyakit yang mengancam nyawa mereka.

Kadar obesiti meningkat sejak 1990, iaitu meningkat dua kali ganda dalam kalangan orang dewasa, manakala empat kali ganda babitkan kanak-kanak dan remaja.



Populasi global adalah kira-kira 7.9 bilion, bermakna satu daripada lapan atau 879 juta orang dewasa, kini obes manakala golongan muda sebanyak 159 juta.

Menurut pakar, 30 tahun lalu ramai individu di negara miskin mengalami kebuluran dan kurus, tetapi kini kebanyakan tempat mereka lebih cenderung mengalami berat badan berlebihan.

Penduduk Kepulauan Pasifik adalah orang dewasa yang paling ramai, dengan di Vietnam dan Ethiopia adalah yang paling kurus.

Britain menduduki tempat ke-55 daripada 200 negara paling gemuk untuk lelaki, manakala ke-87 untuk wanita.



Ia lebih rendah daripada Amerika Syarikat, yang lelakinya adalah ke-10 paling ramai gemuk dan wanita ke-36.

Penyelidik berkata, makanan ringan lebih murah manakala makanan yang sihat menjadi lebih mahal turut menyumbang keadaan kepada kadar obesiti.

Dapatan berkenaan adalah berdasarkan kajian besar-besaran dilakukan oleh Imperial College London, membabitkan 1,500 saintis, pada 2022 meliputi 220 juta penduduk di seluruh dunia.

Pengarang Kanan dari Imperial College London, Profesor Majid Ezzati, berkata: “Sangat membimbangkan bahawa obesiti yang dilihat dalam kalangan orang dewasa di kebanyakan penduduk dunia pada 1990, kini dicerminkan pada kanak-kanak dan remaja yang sudah memasuki sekolah.



“Pada masa sama, ratusan juta masih terjejas akibat kekurangan zat makanan.

“Kita perlu menangani kedua-dua bentuk kekurangan zat makanan,” katanya.

Hanya sekitar satu daripada 10 rakyat Britain mengalami obesiti pada 1990, tetapi kini kira-kira tiga daripada 10 rakyatnya gemuk kongsinya dalam jurnal perubatan The Lancet.

Di India, obesiti meningkat 10 kali ganda sejak 90-an.



Obesiti kanak-kanak di UK pula meningkat lebih dua kali ganda daripada empat peratus kepada antara 10 dan 12 peratus dalam tempoh yang sama.

Ketua Pemakanan di WHO, Dr Francesco Branca, berkata orang yang kurang zat lebih terdedah kepada penyakit berjangkit, tetapi obesiti boleh menyebabkan diabetes jenis 2 dan penyakit jantung, juga boleh menjejaskan kesihatan tulang dan peningkatan risiko kanser tertentu.

“Ia pada asasnya memberi kesan terhadap setiap sistem dalam badan dan juga menjejaskan kualiti hidup.

“Terdapat beberapa berita baik tentang penurunan obesiti pada wanita di Sepanyol dan Perancis, dan penurunan wabak di Eropah Barat.”



“Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) tidak boleh menyelesaikan masalah Britain sahaja,” katanya.

Prof Ezzati menambah: “Mengekalkan kadar obesiti sama adalah tidak cukup baik.

“Kita perlu mengurangkannya kerana peningkatan populasi,” katanya

Jejaskan sistem organ manusia



Profesor Simon Kenny dari NHS England, berkata: “Jumlah itu membimbangkan.

“Obesiti menjejaskan setiap sistem organ manusia jadi pada usia muda ia boleh memberi kesan besar kepada kehidupan kanak-kanak dan membawa kepada kehidupan yang lebih pendek dan tidak bahagia.

“NHS komited untuk membantu seramai mungkin golongan muda dan keluarga yang terjejas akibat masalah berat badan yang melampau.

“Tetapi NHS tidak boleh menyelesaikan isu ini sendirian, sebaliknya perlu mendapat kerjasama daripada industri berkaitan dan masyarakat secara meluas bagi mengelak ‘bom masa kesihatan yang berdetik untuk masa depan”, katanya.

Kajian yang diterbitkan dalam The Lancet menyenaraikan 200 negara mengikut kadar obesiti mereka pada 2022.

Kebanyakan negara yang mempunyai orang dewasa paling tinggi obes berada di Kepulauan Pasifik, berhampiran Australia. Berikut adalah kedudukannya:- AGENSI

10 negara lelaki paling obes

1. American Samoa

2. Nauru

3. Tokelau

4. Pulau Cook

5. Niue

6. Tonga

7. Tuvalu

8. Samoa

9. French Polynesia

10. Amerika Syarikat

10 negara paling ramai wanita obes

1. Tonga

2. American Samoa

3. Samoa

4. Tokelau

5. Tuvalu

6. Pulau Cook

7. Nauru

8. Niue

9. Mesir

10 . Micronesia

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat

‘Saya bukan geng plastik hitam’

Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys

Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker