Biden terlanjur kata dasar luar Amerika

BARU-BARU ini, Presiden tertua Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pernah berjanji bahawa Washington akan membantu mempertahankan Taiwan dengan menggunakan pendekatan ketenteraan jika ia diserang oleh China.

Beliau juga telah mencadangkan supaya satu perubahan kepimpinan berlaku di Rusia dengan menyingkirkan Presiden negara tersebut, Vladimir Putin.

Kedua-dua kenyataan itu telah mendapat liputan meluas media, namun Rumah Putih kemudian terpaksa membuat penjelasan tentang maksud kenyataan Biden dengan menyatakan beliau sebenarnya tidak menetapkan dasar-dasar luar negara AS.



Pada sidang akhbar di Tokyo pada Isnin lalu, Presiden AS itu menyatakan bahawa Washington akan mempertahankan Taiwan dengan menggunakan ketenteraan jika ia diserang oleh China.

Semasa beliau masih menjadi senator di AS dan belum dipilih menjadi Presiden Amerika, Washington telah membekalkan senjata-senjata kepada Taiwan sebagai persediaan menghadapi serangan dari China.

Ketika itu, Washington tidak menyatakan dengan jelas sama ada AS akan campur tangan jika China bertindak menyerang Taiwan.

Bagaimanapun, berikutan kenyataan Biden pada sidang akhbar tersebut mengenai Taiwan, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin yang berkulit hitam dan seorang lagi pegawai Rumah Putih kemudian pantas memberikan penjelasan tentang dasar-dasar luar Washington.



Beberapa jam selepas Presiden AS membuat kenyataan itu, Austin menyatakan kepada pemberita di Pentagon, Virginia bahawa dasar-dasar luar Amerika mengenai Taiwan dan polisi Washington tentang satu China masih tidak berubah.

Beliau membuat penjelasan itu setelah Biden mencetuskan tajuk utama berita antarabangsa apabila menjawab ‘ya’ kepada soalan wartawan di Jepun tentang sama ada beliau bersedia menggunakan ketenteraan untuk mempertahankan Taiwan.

Dasar Satu China itu pertama kali dinyatakan oleh AS pada tahun 1972 dengan mengakui Taiwan adalah sebahagian daripada China dan Washington tidak akan mencabar kedudukan tersebut.

CHINA TIDAK PUAS HATI



Namun, disebabkan jawapan Presiden AS tersebut, seorang Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin kemudian memberikan reaksi bagi mewakili Beijing tentang isu Taiwan.

Beliau menyatakan tentang ketidakpuasan dan penentangan China hadap apa yang diperkatakan oleh Biden itu.

Wenbin berkata, China tidak mempunyai ruang untuk berkompromi mengenai isu yang melibatkan kepentingan teras Beijing seperti kedaulatan dan integriti wilayah.

Jawapan Biden tentang penggunaan ketenteraan itu dibuat hanya selepas dua bulan beliau berucap di Poland bahawa Putin tidak boleh dibiarkan terus berkuasa di Rusia.



Kenyataan itu menyebabkan Rumah Putih terpaksa membuat kenyataan bagi menafikan bahawa Presiden AS tersebut menyokong penyingkiran Putin daripada jawatannya ketika isu tentang Perang Ukraine masih lagi belum selesai.

Sebelum ini juga Biden mendakwa Rusia melakukan pembunuhan beramai-ramai di Ukraine dan pentadbirannya juga menuduh Moscow telah melakukan jenayah perang di negara tersebut.

 

Rumah Putih di Washington kadangkala terpaksa membuat penjelasan tentang dasar luar AS ketika era pemerintahan Presiden Joe Biden. - Foto AFP
Rumah Putih di Washington kadangkala terpaksa membuat penjelasan tentang dasar luar AS ketika era pemerintahan Presiden Joe Biden. – Foto AFP

 



POLISI BARU AMERIKA?

Persoalan kini timbul sama ada Presiden AS yang berusia 79 tahun itu bercakap dari hatinya ketika menyentuh dasar-dasar luar Washington atau beliau telah menetapkan polisi baharu Amerika?

Ketika Donald Trump menjadi Presiden AS sebelum Biden, Trump kerap mengejutkan dunia dengan kenyataan tidak diplomatiknya daripada menghina pemimpin negara kepada membuat ancaman perang perdagangan melalui Twitter.

Bonnie Glaser iaitu pakar Taiwan di Jerman Marshall Fund of the United States memberikan pendapatnya bahawa tidak syak lagi, Biden telah mempercayai apa yang diucapkannya.



“Tetapi, ia adalah satu kesilapan bodoh jika Biden silap menyatakan tentang polisi AS,” katanya seperti dilaporkan oleh AFP.

“Saya tidak fikir ia memberi manfaat kepada kepentingan AS apabila Presiden tersilap menyatakan tentang polisi kita. Saya fikir ia adalah lebih berkesan jika dasar kita adalah jelas dan boleh difahami oleh kawan kita, sekutu kita dan musuh kita,” ujarnya.

Joshua Shifrinson iaitu seorang profesor madya dalam hubungan antarabangsa di Universiti Boston menyatakan sangat sukar untuk menyatakan sama ada kenyataan Biden itu adalah satu kesilapan bodoh atau permainan dua peringkat.

“Tetapi, jika benar ia permainan dua peringkat, ia amat berbahaya,” kata Shifrinson.

“Ia boleh memburukkan lagi ketegangan, ia menyebabkan ketidaktentuan,” tambahnya.

Permainan dua peringkat ialah model politik tentang penyelesaian konflik antarabangsa dan mula diperkenalkan pada tahun 1988 oleh Robert Putnam iaitu pakar sains politik di AS. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker