BN optimis rampas semula Tampin, Kuala Pilah – Tok Mat

#PRU15

BN optimis rampas semula Tampin, Kuala Pilah – Tok Mat

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan optimis parti itu boleh merampas kembali kerusi Parlimen Tampin dan Kuala Pilah pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga calon Parlimen Rembau berkata pihaknya juga yakin mampu merampas Port Dickson yang dikuasai Pakatan Harapan ketika ini menerusi usaha dan gerak kerja yang kuat daripada jentera parti.



“Kami mahu menawan semula Kuala Pilah dan Tampin, dan kini kami menyasarkan Port Dickson pula. Saya berpendapat sekiranya kita berusaha lebih giat, bekerja keras, ia dalam genggaman kita.

“Sekarang saya juga gembira dengan perkembangan di lapangan. Jentera bekerja dengan baik, sambutan diterima juga baik kalau kita pergi ke mana-mana. Jadi, kita bukan sahaja dapat mempertahankan apa yang kita capai pada 2018, malah akan merampas semula lebih banyak kerusi kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pembeli rumah Prima Residensi di Rantau hari ini.

Pada PRU14, Parlimen Tampin dimenangi oleh Hasan Baharom dari Amanah menewaskan Shaziman Abu Mansor dari BN manakala Parlimen Kuala Pilah disandang oleh Eddin Syazlee Shith dari Bersatu yang memperoleh majoriti 200 undi menewaskan Hasan Malek (BN).



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov sebagai hari pengundian manakala hari pengundian awal pada 15 Nov. FMT

BN optimis rampas semula Tampin, Kuala Pilah – Tok Mat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang



Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker