Jangan mengalah, tingkat ekonomi keluarga menerusi inisiatif kerajaan – Ismail

#PRU15

Jangan mengalah, tingkat ekonomi keluarga menerusi inisiatif kerajaan – Ismail

Kesan daripada penularan Covid-19 bukan alasan untuk Keluarga Malaysia khususnya kumpulan B40 mengalah, sebaliknya wajar mengambil peluang untuk menambah baik ekonomi keluarga menerusi pelbagai inisiatif disediakan kerajaan.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia juga sentiasa mengambil langkah memastikan kebajikan pekerja dan majikan termasuk dalam ekonomi baharu seperti gig (sementara).



Sebagai contoh, kata beliau, pada 2020 hanya segelintir pekerja gig dilindungi, kini lebih 260,000 orang mendapat perlindungan menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ditambah dengan bantuan kerajaan yang turut menyumbang kepada caruman mereka.

“RMK12 (Rancangan Malaysia Ke-12) turut memberi tumpuan khas kepada pengembangan ekonomi gig (ekonomi jangka pendek) sebagai salah satu dimensi ekonomi baharu yang perlu diberi perhatian.

“Di bawah Sistem Insurans Pekerjaan ditawarkan Perkeso, seramai 188,526 Keluarga Malaysia telah menerima manfaat faedah kewangan berjumlah RM1 bilion bagi membantu mereka yang terkesan meneruskan kehidupan harian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Karnival Anak Muda Gegor Bera di Dewan Konvensyen Bera di sini hari ini.



Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Ti Lian Ker, Pengerusi Lembaga Perkeso, Subahan Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Ismail berkata, program PENJANA HRD Corp pula berjaya memberikan latihan semula kepada hampir 100,000 Keluarga Malaysia daripada pelbagai latar belakang, dengan peruntukan RM500 juta sepanjang 2020 hingga 2021.

Selain itu, beliau berkata impak positif daripada program JaminKerja-Insentif Penggajian yang dilaksanakan oleh Perkeso juga diteruskan dalam Bajet 2023.

“Berdasarkan statistik Perkeso, sehingga 28 Okt lepas jumlah permohonan JaminKerja yang diterima adalah 65,774 pekerja dengan penglibatan 8,513 majikan. FMT



Jangan mengalah, tingkat ekonomi keluarga menerusi inisiatif kerajaan – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]



Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker