Isteri polis tak mengaku salah curi dua Rolex suami

Isteri polis tak mengaku salah curi dua Rolex suami

IPOH: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas dakwaan mencuri dua unit jam tangan mewah milik suaminya, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mou Ei Leen @Eileen Mou, 41, dari Kuantan, Pahang membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.



Wanita yang kini dalam proses perceraian dengan suaminya itu dituduh mencuri seutas jam tangan Rolex Sky Dweller (Model 326135) bernombor siri 0890R359; serta seutas jam tangan Rolex GMT Master-II 9 (Model 116718 LN) bernombor siri A9R56702.

Tertuduh didakwa melakukannya di sebuah rumah di sini pada Januari tahun 2021.

Perbuatan itu adalah kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda.

Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Nabilah Norzam manakala tertuduh diwakili peguam Gurbachan Singh.



Gurbachan berkata anak guamnya itu kini dalam proses perceraian dengan suaminya yang juga seorang pegawai polis dan mereka kini tinggal secara berasingan sejak dua tahun lalu.

“Ketika kejadian curi itu berlaku, suami isteri itu masih tinggal bersama,” kata Gurbachan sewaktu proses mitigasi.

Mahkamah kemudiannya membenarkan supaya tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 selain menetapkan 22 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes. BH

Isteri polis tak mengaku salah curi dua Rolex suami



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim



Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki



GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker