Lelaki Algeria serang polis guna tukul besi ditahan

Lelaki Algeria serang polis guna tukul besi ditahan

Seorang lelaki warga Algeria ditahan selepas menyerang dua anggota polis di pondok pengawal menggunakan tukul besi dan menceroboh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.40 pagi itu, suspek datang ke pondok pengawal dan cuba bertanyakan sesuatu kepada seorang anggota yang menjalankan kawalan.



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata suspek secara tiba-tiba mengeluarkan tukul besi dan mengetuk kepala anggota terbabit sebelum mengejar anggota lain yang membawa senjata api jenis HK MP5.

“Selepas mencederakan seorang anggota, suspek berlari masuk ke dalam kawasan IPK dan mengejar seorang lagi anggota dipercayai untuk merampas senjata api dibawa anggota terbabit.

“Pada masa sama suspek juga sempat mengetuk belakang badan anggota terbabit dengan tukul besi dibawanya,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Azmi berkata, beberapa anggota polis lain datang membantu untuk menghalang tindakan suspek sebelum berlaku pergelutan akibat suspek bertindak agresif.



“Pihak pondok pengawal juga sempat menghubungi Pusat Kawalan Polis KL sebelum bantuan daripada Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Dang Wangi tiba di pos pengawal IPK Kuala Lumpur.

“Suspek yang mungkin mabuk atau kurang siuman kemudian diberkas sebelum polis dapat merampas tukul besi digunakan,” katanya.

Suspek kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan akibat kecederaan ketika pergelutan, manakala dua lagi anggota juga dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, mengesahkan suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut bagi mendapatkan maklumat mengenai motif sebenar tindakannya. BH



Lelaki Algeria serang polis guna tukul besi ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kangkong Diharamkan Di Amerika, Ini Sebabnya (Video)



Suami Hana dari ‘neraka’

Noh Salleh buat ‘catwalk’ dengan rokok di mulut di KLFW2022 (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker