Nurul Amal Alu-alukan Kehadiran Ahli Baharu, Perkukuh Puteri UMNO
Nurul Amal Alu-alukan Kehadiran Ahli Baharu, Perkukuh Puteri UMNO

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Pergerakan Puteri UMNO menyambut baik kehadiran ahli-ahli baharu sebagai usaha berterusan untuk memperkukuhkan organisasi parti, khususnya dalam kalangan generasi muda.
Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, penyertaan tersebut amat signifikan dalam memastikan kesinambungan perjuangan parti sentiasa diperkasa seiring peredaran masa.
“Saya ingin mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli baharu ke dalam sayap Pergerakan Puteri UMNO. Terima kasih kerana memilih UMNO untuk bersama-sama kita meneruskan legasi perjuangan yang telah ditinggalkan oleh pejuang-pejuang terdahulu.
“UMNO merupakan sebuah parti yang sentiasa berpegang kepada asas perjuangan kita. Saya berharap dengan kehadiran ahli-ahli baharu ke dalam sayap ini akan dapat mengukuhkan lagi kekuatan kita sebagai sayap muda parti,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO PJ Buat Laporan Polis, Desak Tindakan Lebih Tegas Terhadap Pihak Hina Institusi Diraja
- Jangan Retorik, Pemuda UMNO Kedah Desak MB Jelaskan Kegagalan Projek
- UMNO 80 Tahun: Langkah ‘Reset’ BN Ke Arah Keterbukaan
Undi 18 Perlu Diambil Kira, Jurang Generasi Jadi Cabaran BN – Dr Zambry
Beliau berkata demikian ketika sesi Sembang Santai dan Penyerahan Kad Keahlian UMNO yang diadakan pada Jumaat.
Menurut beliau, Puteri UMNO sentiasa komited dalam membuka ruang seluas-luasnya kepada anak muda untuk bersama-sama mendukung aspirasi parti dan memainkan peranan aktif dalam landskap politik negara.

“Penyertaan ahli-ahli baharu ini juga bukan sahaja dapat memperkukuh jentera parti, malah menjadi pemangkin kepada pembinaan kepimpinan pelapis yang berdaya saing,” katanya.
Tambah beliau lagi, gabungan antara pengalaman ahli sedia ada dan semangat anak muda diyakini mampu memperkasa Pergerakan Puteri UMNO sebagai wadah perjuangan yang relevan dan progresif.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Era AI Ubah Corak Undian, Azalina Seru Perkukuh Kemahiran Digital
- UMNO/BN Perlu Lakukan Perubahan, Bijak Urus Persepsi Rakyat – Ahmad Zahid
- Sekolah Digital UMNO Perkukuh Komunikasi Jentera Parti
UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid
Dalam masa yang sama, beliau menyeru agar seluruh ahli Puteri terus memperkukuh kesatuan serta iltizam dalam mendukung agenda parti demi agama, bangsa dan negara.
“Kesepaduan dan komitmen semua ahli amat penting dalam memastikan perjuangan ini terus kekal utuh serta mendapat kepercayaan rakyat,” ujar beliau.
Turut hadir ke majlis tersebut adalah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Pergerakan Puteri UMNO, Siti Sokhleha Nordin dan barisan exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. – UMNO Online
Nurul Amal Alu-alukan Kehadiran Ahli Baharu, Perkukuh Puteri UMNO
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semangat Berpasukan, Kebajikan Rakyat Teras Pentadbiran Pahang – Wan Rosdy
- Kerajaan Negeri Melaka Terus Perkukuh Dasar Berpaksikan Rakyat
- Kembali Ke Rumah Bangsa: Lagi Bekas Pemimpin Bersatu Sertai UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menjelang Ulang Tahun UMNO Ke-80: Pertandingan Pidato Piala AZH Bermula
You must be logged in to post a comment.