Sudah tiba masa tindakan tegas tangani banjir seluruh negara – CAP

Sudah tiba masa tindakan tegas tangani banjir seluruh negara – CAP

Sudah tiba masa tindakan tegas tangani banjir seluruh negara - CAP
Banjir di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat baru-baru ini dan penduduk membawa barang untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara. – Foto NSTP/Ahmad Ukasyah.

GEORGETOWN: Sudah tiba masanya masalah banjir di negara ini diambil tindakan tegas, diselaras dan berorientasikan keputusan demi menjaga kesejahteraan rakyat dan daya tahan negara, kata Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Ia susulan teguran Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung situasi banjir yang berterusan di negeri itu baru-baru ini.

Presiden CAP Mohideen Abdul Kader berkata, ia tidak seharusnya dilihat sebagai kebimbangan terpencil tetapi sebagai amaran kepada semua kerajaan negeri di Malaysia.

Katanya, walaupun terdapat jaminan berulang daripada pihak kerajaan,peruntukan belanjawan dan pengumuman dasar, namun realiti di lapangan menunjukkan bahawa usaha tebatan banjir sering kali tidak mencapai jangkaan.

Akibatnya banyak beban yang terpaksa ditanggung rakyat Malaysia lanjutan daripada rumah dan harta benda yang rosak, gangguan mata pencarian, kenaikan kos sara hidup serta peningkatan kekecewaan orang ramai.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal


‘Pendirian tegas Baginda menyerlahkan perkara kritikal mengenai pengurusan banjir tidak boleh kekal sebagai perkara bermusim yang reaktif.

“Ia menuntut kemahuan politik berterusan, tadbir urus yang cekap dan perancangan berasaskan sains jangka panjang.

“Cadangan Baginda sebelum ini bagi mendapatkan kepakaran daripada negara seperti Belanda yang terkenal dengan kecanggihan sistem pengurusan air, menunjukkan keperluan kepada Malaysia terbuka kepada amalan terbaik global dan bukan bergantung semata-mata pada pendekatan domestik,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut Mohideen berkata, semua kerajaan negeri kini perlu mengambil tanggungjawab kolektif bagi mengutama strategi pengurusan banjir bersepadu yang menggabungkan peningkatan infrastruktur, pengurusan lembangan sungai dan perancangan guna tanah.

Katanya, dataran banjir perlu dipulihkan memandangkan pengalihan atau pencerobohannya cenderung memburukkan lagi banjir.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selangor Perlukan Kepimpinan Matang, Bukan Politik Provokasi – Mohd Zaidi


“Rizab sungai perlu berfungsi sebagai margin perlindungan antara aktiviti manusia dan sungai selain memastikan ketelusan serta akauntabiliti dalam penggunaan dana yang diperuntukkan untuk tebatan banjir.

“Penyelarasan antara pihak berkuasa persekutuan, negeri dan tempatan perlu dikukuh bagi mengelak pertindihan dan ketidakcekapan,” katanya lagi.

Menurut Mohideen penggunaan teknologi moden, sistem data dan penyelesaian berdaya tahan iklim perlu dipercepat

selain membabitkan komuniti secara bermakna dalam usaha kesiapsiagaan serta tindak balas.

Ia sama pentingnya dengan keperluan mendesak bagi menangani kemerosotan alam sekitar seperti penebangan hutan, pemotongan bukit dan pembangunan tidak terkawal yang terus memburukkan lagi risiko banjir di seluruh negara.

“Arahan bagi pembersihan Sungai Klang seterusnya mencerminkan sifat saling berkaitan antara tebatan banjir dan pengurusan sumber air.

“Sungai yang bersih dan diselenggara dengan baik bukan sahaja penting kepada bekalan air tetapi turut memainkan peranan dalam mengurangi limpahan dan meningkatkan kapasiti saliran.

“Pada dasarnya, seruan ini mestilah turut bergema di luar negeri Selangor. Setiap negeri di Malaysia harus menganggapnya sebagai peringatan bahawa kos jika tiada tindakan adalah jauh lebih besar daripada pelaburan yang perlu dilaksana,” katanya.

Sudah tiba masa tindakan tegas tangani banjir seluruh negara – CAP


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker