Polis siasat anggota didakwa terima `wang kopi’

Polis siasat anggota didakwa terima `wang kopi’

Polis siasat anggota didakwa terima `wang kopi'
Foto hiasan

IPOH: Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan anggotanya mengambil ‘wang kopi’ daripada lelaki di tepi jalan seperti rakaman video yang tular hari ini

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah, berkata siasatan dijalankan bagi mengenal pasti anggota yang terbabit, selain lokasi sebenar kejadian susulan video yang tular di Facebook (FB).

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) menunjukkan ia membabitkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

“Bagaimanapun, lokasi kejadian serta identiti anggota polis terbabit masih dalam proses pengesahan. Susulan itu siasatan dalaman sudah dibuka bagi mengenal mengenainya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Najib berkata, pihak memandang serius itu dan memberi jaminan siasatan dijalankan secara telus dan adil dengan tiada kompromi terhadap sebarang salah laku yang boleh menjejaskan integriti pasukan polis.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat sebarang pelanggaran undang-undang atau peraturan yang dilakukan oleh mana-mana anggota mahupun pegawai.

“Sehubungan itu orang ramai tampil memberi maklumat berkaitan insiden ini. Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Berdasarkan video berdurasi 46 saat yang ditularkan, kelihatan anggota polis dirakam dari jauh sedang menerima wang daripada seorang lelaki yang ditahan di tepi jalan.

Polis siasat anggota didakwa terima `wang kopi’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker