`Saya dengar suara adik minta tolong sebelum jumpa skaf dia depan lif’
`Saya dengar suara adik minta tolong sebelum jumpa skaf dia depan lif’

KUALA LUMPUR: Wanita mendakwa mendengar jeritan meminta tolong daripada adik bongsunya sebelumnya remaja itu dilaporkan hilang dari kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Malaysia, Desa Petaling, di sini, kelmarin.
Wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Aida berkata, adiknya, Afiqah Abdul Aziz, 15, yang juga anak bongsu daripada enam beradik, dipercayai keluar dari rumah pada jam 6 petang hari kejadian.
“Kami jumpa skarf dan anak tudung dia di hadapan lif tetapi adik tidak ada di situ. Sebelum itu saya terdengar jeritan meminta tolong.
“Jeritan meminta tolong dalam keadaan menangis, saya dengar dua kali, saya pasti itu memang dia,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KESEDAR Perkukuh Agenda Peneroka, Proses Pemilikan Tanah Dipacu Lebih Tersusun
- UMNO 80 Tahun: Dekati Generasi Digital, Penggerak Suara Anak Muda – Nurul Amirah
- Lawatan PM Ke Johor Diharap Perkukuh Keselarasan Kerajaan Persekutuan Dan Negeri – Onn Hafiz
Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal
Sementara itu Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja perempuan itu.
“Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut, termasuk menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam lif seliaan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengenal pasti arah pergerakan mangsa.
“Siasatan dijalankan di bawah kes orang hilang (OH) ,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Terdahulu kehilangan Afiqah tular di media sosial selepas beberapa keping gambar dimuat naik pengguna di Thread meminta bantuan orang ramai untuk mengesan remaja terbabit.
`Saya dengar suara adik minta tolong sebelum jumpa skaf dia depan lif’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Seramai 3,526 Penerima Manfaat Perumahan Kasih Johor Fasa 1 Dan 2 – MB
- Krisis Tenaga Global: Pemuda UMNO Johor Gesa Kerajaan Negeri Perkenal Pakej Rangsangan Ekonomi
- Puteri e-Biz Perkasa Usahawan Wanita Muda, Selaras Landskap Ekonomi Digital
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor
You must be logged in to post a comment.