Lelaki mengamuk, kurung isteri dan tiga anak 7 jam ditahan

Lelaki mengamuk, kurung isteri dan tiga anak 7 jam ditahan

Lelaki mengamuk, kurung isteri dan tiga anak 7 jam ditahan
Suspek lelaki berusia 39 tahun ditahan bersama beberapa senjata tajam selepas bertindak mengurung isteri bersama anak serta membuat ugutan bunuh dalam kejadian di sebuah ladang dekat Kalabakan, di sini, pada Khamis. – Foto PDRM

TAWAU: Polis menahan lelaki mengamuk, mengurung isteri bersama tiga anak selama tujuh jam dan mengugut untuk membunuh mereka di sebuah rumah ladang dekat Kalabakan, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 8.30 malam sebelum sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau dan Balai Polis Kalabakan digerakkan ke lokasi.

Beliau berkata, suspek dipercayai dalam keadaan khayal akibat pengaruh dadah serta bertindak agresif sebelum mengunci semua mangsa di dalam rumah.

“Suspek turut membaling sabit ke arah individu yang cuba menenangkan keadaan selain mengugut untuk membunuh sesiapa yang cuba masuk ke rumah berkenaan.

“Polis mengambil masa kira-kira tujuh jam untuk memujuk suspek sebelum bertindak menyerbu rumah berkenaan bagi menyelamatkan mangsa,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal


Beliau berkata, dalam operasi itu polis terpaksa menggunakan taser gun untuk melumpuhkan suspek sebelum berjaya menahannya.

Katanya, polis turut merampas beberapa senjata berbahaya termasuk parang, sabit, paip besi, dua sabit, sebilah parang dan pemutar skru di lokasi kejadian.

“Siasatan lanjut mendapati suspek berusia 39 tahun itu mempunyai rekod lampau atas kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Suspek ditahan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 342 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Bahan Letupan,” katanya.

Lelaki mengamuk, kurung isteri dan tiga anak 7 jam ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker