Zafrul sanggah afidavit Zahid

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Tengku Zafrul Abdul Aziz, mengakui melihat afidavit yang dikemukakan presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi, bagi menyokong permohonan Najib Razak mendapatkan kebenaran menjalani hukuman penjara di rumah.

Bagaimanapun Tengku Zafrul menjelaskan ada beberapa “kesilapan fakta” yang terkandung pada dokumen berkenaan.

“Sehubungan itu, saya telah mengambil langkah untuk mendapatkan nasihat undang-undang yang sesuai dan akan membuat permohonan kepada mahkamah tinggi untuk meminta kebenaran bagi memfailkan afidavit saya bagi memperbetulkan beberapa kesilapan fakta yang terkandung dalam afidavit berkenaan,” katanya dalam kenyataan petang ini.



Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri memberitahu tindakan tersebut bukanlan untuk mempersoalkan merit isu yang sedang berlagsung.

“Saya hanya ingin memastikan bahawa fakta sebenar direkodkan dengan betul supaya semua pihak, khususnya mahkamah tinggi, dapat menilai kesemua fakta material dengan wajar,” katanya.

Kata Tengku Zafrul tindakan diambilnya itu adalah bagi membolehkan keputusan yang adil dan saksama dibuat oleh pihak yang berkenaan demi kepentingan semua.

Terdahulu hari ini, Ahmad Zahid menyokong dakwaan berhubung kewujudan titah adendum (tambahan) daripada Yang di-Pertuan Agong agar Najib menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.



Selain Tengku Zafrul, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut memetik nama Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.

Ahmad Zahid menyokong dakwaan itu menerusi afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April lalu.

Timbalan Perdana Menteri itu mendakwa dalam pertemuan di rumahnya pada 30 Jan lalu Tengku Zafrul memaklumkan kepadanya berhubung kewujudan titah adendum tersebut yang bertarikh 29 Jan 2024.

Dalam perkembangan berkaitan jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil mendakwa isu semakan kehakiman yang dikemukakan Najib serta afidavit sokongan Ahmad Zahid tidak dibincangkan dalam mesyuarat kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.



Najib memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 1 April lalu, ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan dalam kes rasuah SRC International Sdn Bhd.

Menurut afidavit sokongan yang dibuatnya, Najib mendakwa titah adendum dalam pengampunan diraja membenarkan dia untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah.

Justeru, dia memohon mahkamah mengarahkan menteri dalam negeri, peguam negara, Lembaga Pengampunan, kerajaan persekutuan dan beberapa lagi responden untuk mengesahkan titah tersebut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah



Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq



Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker