Isu gambar Kaabah, ini teguran Mufti P. Pinang

Sepatutnya tidak ada sebarang isu terkait sejadah mini – didakwa alas kaki – yang memaparkan sebahagian daripada gambar Kaabah, kata Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Nor.

Dia berkata isu tersebut mungkin timbul kesan salah faham sesetegah pihak, khususnya apabila ia didakwa dijadikan pengesat kaki.

“Kedudukan gambar Kaabah tersebut hanya terpotong dan tidak ada sebarang masalah,” katanya.



Menjelaskan lebih lanjut Wan Salim berkata walaupun Kaabah merupakan tempat suci untuk orang Islam, kedudukannya bukanlah sama seperti al-Quran atau ayat kitab berkenaan, atau hadis.

Ayat al-Quran atau hadis, katanya, memang dihukum haram untuk diperlekehkan, dijadikan alas kaki, dipijak atau diperlakukan secara tidak wajar.

“Umat Islam tidak perlu ekstrem dan berlebihan memberi reaksi perkara begini kerana kita perlu selidik terlebih.

“Jika terbukti ia memang dibuat dengan tujuan untuk menghina bolehlah kita membantah.



“Kita tak perlu sampai memberikan reaksi berlebihan terhadap isu yang kabur dan tidak jelas,” katanya lagi.

Pada 13 AprJabatan Agama Islam Johor (Jaij) merampas 11 potongan kain disyaki alas kaki dengan imej Kaabah di sebuah pasar raya di negeri itu.

Rampasan sehari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri itu dibuat susulan aduan awam terhadap pasar raya yang terletak di Batu Pahat.

Beberapa pihak tampil membuat kenyataan keras dan menganggap ia satu lagi cubaan menghina Islam selepas negara digemparkan dengan penemuan beberapa pasang stoking tertera kalimah Allah di tiga premis kedai serbaneka KK Mart.



Kata Wan Salim sebelum mengambil sesuatu tindakan orang Islam wajar menilai kesan baik dan buruk yang akan terlahir daripada isu tersebut.

“Jika tindakan kita boleh menyebabkan pihak yang mengeluarkan sejadah itu mengambil tindakan sewajarnya, baguslah.

“Tapi klau kita bertindak lebih-lebihan tapi tiada tindakan yang diambil sudah tentu ia tidak menguntungkan mana-mana pihak,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah



Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq



Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker