Kapal bayar tol termahal lebih RM21 juta

Kapal bayar tol termahal lebih RM21 juta

Kapal bayar tol termahal lebih RM21 juta
GAMBAR dari udara menunjukkan kapal tangki gas petroleum cecair G.Spirit menunggu untuk menyeberangi Terusan Panama kelmarin. – AFP

BANDAR PANAMA – Sebuah kapal tangki membawa gas petroleum cecair membayar AS$5.3 juta (RM21.3 juta) bagi laluan keutamaan menyeberangi Terusan Panama menjelang sekatan berkaitan El Nino, kata timbalan pentadbir laluan air itu, Ilya Espino de Marotta kepada AFP.

Syarikat Korea Selatan, SK Gas membayar jumlah tertinggi itu untuk kapal G. Spirit merentasi Terusan Panama pada 1 September lalu, dua hari sebelum kerajaan Panama mengurangkan jumlah transit disebabkan fenomena cuaca El Nino, lapor Bloomberg.

Panama menjadi negara Amerika Tengah terkini mengisytiharkan darurat berikutan El Nino, pada Selasa lalu. Fenomena cuaca itu menyumbang kepada penurunan paras air di Terusan Panama akibat kemarau teruk di seluruh wilayah berkenaan.

Kapal-kapal yang merentasi Terusan Panama menempah laluan masing-masing lebih awal, manakala kapal tanpa tempahan terpaksa menunggu purata lima hari untuk melaluinya, tetapi terdapat lelongan di mana laluan saat akhir boleh dibeli.

Purata harga lelongan itu antara Oktober 2025 hingga Februari 2026 adalah sekitar AS$55,000 (RM221,429). – AFP


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPU Terus Lahirkan Generasi Pemimpin Berilmu, Berprinsip

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker