TikTok setuju bayar saman lebih RM1.6 bilion
TikTok setuju bayar saman lebih RM1.6 bilion

SAN FRANCISCO – TikTok dan syarikat induknya, ByteDance bersetuju membayar AS$400 juta (RM1.61 bilion) bagi menyelesaikan saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berhubung dakwaan ia melanggar undang-undang privasi kanak-kanak, kata DOJ semalam.
“Di bawah penyelesaian dipersetujui, TikTok akan membayar AS$300 juta (RM1.21 bilion) dengan serta-merta dan tambahan AS$100 juta (RM 403 juta) lagi selepas perintah membatalkan dekri persetujuan terdahulu terhadap pendahulu TikTok, Musical.ly dikeluarkan,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.
Ia merupakan ‘salah satu pemerolehan terbesar pernah direkodkan’ berhubung kes melibatkan Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-Kanak (COPPA), tambah kenyataan sama.
COPPA melarang tapak web daripada mengumpul maklumat peribadi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun tanpa kebenaran ibu bapa.
Jabatan Kehakiman dan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan secara bersama menyaman TikTok pada tahun 2024, mendakwa platform tersebut membahayakan keselamatan berjuta-juta kanak-kanak dengan mengumpul data peribadi mereka tanpa kebenaran ibu bapa.
TikTok tidak segera mengulas laporan tersebut. – AFP
TikTok setuju bayar saman lebih RM1.6 bilion
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPK-UMK Pacu Pengkomersialan Produk Kenaf, Perkukuh Ekosistem Industri
- Universiti, Industri Dan Sektor Pertahanan Bergerak Seiring Bangunkan Keupayaan Tempatan
- Juara Welding Antarabangsa… Bukti Anak-Anak TVET Berbakat, Berkemahiran
You must be logged in to post a comment.