Joseph Kurup meninggal dunia

Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Joseph Kurup meninggal dunia pada usia 80 tahun.

Ahli politik veteran itu meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, menurut laporan New Straits Times.

Dia meninggalkan isteri Melinda Mak Soak Fong dan enam anak, termasuk Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Arthur Joseph Kurup.



Joseph ialah pengasas dan presiden pertama PBRS, yang merupakan parti komponen BN antara 1994 dan 2023.

Dia melepaskan jawatan itu pada Januari tahun ini, dan kerusi berkenaan diambil alih oleh anaknya Arthur.

Kerjaya politik Joseph bermula apabila dia memenangi kerusi DUN Sook pada pilihan raya negeri Sabah pada 1985, sebagai ahli Parti Bersatu Sabah (PBS).

Dia juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pensiangan dari 2008 hingga 2018.



Selain itu, Joseph juga pernah memegang pelbagai peranan sama ada peringkat negeri atau kerajaan persekutuan.

Di peringkat negeri Sabah, dia pernah berkhidmat sebagai timbalan ketua menteri Sabah, menteri pertanian dan perikanan negeri, menteri perhubungan dan kerja raya, dan menteri kewangan negeri.

Di peringkat persekutuan, mendiang pernah memegang jawatan menteri di jabatan perdana menteri, timbalan menteri tenaga dan sumber asli, serta timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah



Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq



Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker