Cadangan Tangau suruh Akmal desak China mohon maaf dianggap dungu
Cadangan Tangau suruh Akmal desak China mohon maaf dianggap dungu
Cadangan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Madius Tangau supaya Dr. Muhammad Akmal Saleh mendesak China memohon maaf berhubung isu stoking tertera kalimah Allah disifatkan sebagai dungu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Tangau seolah-olah tidak mempunyai idea yang bernas untuk membela KK Mart.
“Selain Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Madius Tangau ada pula kumpulan 40 individu kononnya wakil suara awam menyelar tindakan boikot kedai KK Mart.
“Baru mereka tahu kuasa pengguna orang Islam. Kesannya cukup berat. Sebab itu isu stoking pamer kalimah Allah cuba dialih pada isu ekonomi.
“Tetapi cadangan MP Tuaran agar Dr Akmal desak Kerajaan China minta maaf lagi dungu. Dia macam mati akal untuk membela KK Mart,” kata Mohd. Puad.
Tambahnya, rakyat tidak naif dengan naratif pihak yang membela pasar raya berkenaan dengan mempersoalkan tindakan pemulauan walaupan pihak pengurusan telah meminta maaf selain akan didakwa di mahkamah.
Mohd. Puad berkata, rakyat menyedari banyak pihak telah disaman dan didenda namun kejadian menghina agama terus berulang ini kerana mereka mampu untuk melunaskan bayaran.
“Mereka sanggup bayar denda yang mahal. Tetapi mereka akan terus berniaga dan melanggar peraturan berulang kali.
“Sebab itu rumah urut, pub, kelab malam tidak kesah didenda banyak kali dengan denda tinggi. Mereka tidak serik dan akan buat lagi.
“Mereka hanya tutup kedai jika pelanggan lari dan boikot. Sebab itu boikot KK Mart adalah pengajaran besar,” katanya.
Mohd. Puad berkata, pihak berkenaan boleh terus membela pasar raya berkenaan namun mereka tidak mempunyai hak untuk menghalang orang lain melakukan pemulauan.
Tangau sebelum ini menyelar reaksi tidak seimbang Dr. Akmal mendepani kontroversi stoking tertera kalimah Allah sambil menyindir supaya Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu menuntut permohonan maaf daripada China.
Mengulas kempen Dr Akmal berhubung gesaan boikot KK Mart di seluruh negara, Tangau berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu sepatutnya mendesak duta China ke Malaysia dipanggil berkait kontroversi berkenaan.
Sambil menyeru kepada tindakan lebih seimbang, bekas presiden UPKO berkata, penarikan pantas produk itu oleh KK Mart perlu diambil kira, disusuli permohonan maaf. MG
Cadangan Tangau suruh Akmal desak China mohon maaf dianggap dungu
Baca Artikel Menarik:
- Stimbot meletup, tujuh beranak menggelupur tubuh badan melecur
- King Sing tidak ada hak desak UMNO tekan Akmal
- Akmal pertahankan hak Islam bukan main politik – KIMMA
- Disiplinkan anak sebelum bawa berjemaah di masjid – Fedtri
- Ibu menangis, Zizan hadiahkan kereta Mercedes Benz GLC300 (Video)
- Ustazah Nurul maut kereta rempuh tiang elektrik
- Kualiti makanan Bazar Ramadan makin teruk?
- Pembekal stoking minta maaf lagi, naikkan kain rentang
- Hinalah, kami ibu bapanya sampai liang lahad – ibu Aliff Aziz
- Penyamun maut dilanggar kereta mangsa
- Saya tak perlu persetujuan DAP untuk pertahankan Islam – Dr Akmal
- Kalau dah ganggu jemaah lain , elok jangan dibawa ke masjid – Dr Zulkifli
- Solat tarawih hanya membaca al-Fatihah?
- Kecewa dengan kerajaan, Jasmine Suraya jual kereta
- Bukan Rafizi saja ada formula, Rosyam pun ada
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar
You must be logged in to post a comment.