MP Hindu mahu tindakan pada penceramah hina agama bukan Islam

MP Hindu mahu tindakan pada penceramah hina agama bukan Islam

Sekumpulan ahli Parlimen berbangsa India daripada Pakatan Harapan (PH) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap beberapa penceramah agama yang didakwa menghina agama bukan Islam.

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berkata, mereka termasuk Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, yang didakwa menghina kaum India beragama Hindu di negara ini.

“Semasa perasmian sidang Parlimen baru-baru ini Yang di-Pertuan Agong telah bertitah supaya isu-isu melibatkan 3R (agama, bangsa, raja) ini tidak disentuh.

“(Disebabkan itu) sebagai ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara daripada kerajaan perpaduan kami bersama-sama ingin menuntut tindakan pendakwaan diambil terhadap Zamri Vinoth.

“Dalam beberapa siri Tiktok yang disiarkan di media sosial Zamri Vinoth telah dirakam sebagai memberi penjelasan tentang dewa Shiva Lingam yang disembah oleh kaum India beragama Hindu di Malaysia.

“Kami bersama-sama ingin menuntut supaya menteri KDN kerajaan perpaduan mengambil tindakan menuduh Zamri Vinoth di mahkamah di atas kenyataan yang telah dikeluarkan,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Hadir sama, aadalah ahli Parlimen Klang, Ganabatirau,, Yuneswaran Ramaraj (Segamat), P Prabakaran (Batu) dan senator Lingeshwaran R Arunasalam.

Senator Sivaraj Chandran yang juga bekas anggota MIC turut hadir dalam sidang media itu.

Rayer semalam membangkitkan persoalan berhubung tindakan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail terhadap pihak-pihak dan pensyarah agama seperti Zamri dan Firdaus Wong yang didakwa dengan sengaja membuat kenyataan-kenyataan mengguris hati masyarakat bukan Islam dalam syarahan agama.

Pada sidang Dewan Negara, semalam, Ganabatirau juga mempersoalkan mengapa tiada tindakan diambil apabila ada pihak yang cuba menghina agama selain daripada Islam.

“Ada dua individu yang didakwa sebagai pendakwah bebas dilaporkan sentiasa mengkritik agama selain agama Islam, apabila ada 1,008 laporan polis dibuat tapi tiada tindakan, dibawa ke mahkamah dan didakwa tapi masih kata NFA (tiada tindakan lanjut).

“Sedangkan ada pihak yang mengkritik agama (lain) di sebelah sana dalam masa 24 jam ditangkap dan dimasukkan dalam penjara, mana perginya kedaulatan undang-undang dan keadilan yang sama rata kepada semua,” soalnya.

Mengulas lanjut, Rayer berkata KDN perlu bertindak segera berhubung perkara yang dibangkitnya demi perpaduan, keamanan dan kesejahteraa semua kaum di negara ini.

“Kami sepakat, kami tidak mahu mana-mana agama dihina oleh mana-mana pihak dan demi perpaduan, keamanan dan kesejahteraan Malaysia yang diduduki oleh rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa.

“Kami merayu supaya kerajaan pimpinan perdana menteri dan juga khususnya KDN untuk ambil tindakan segara terhadap laporan-laporan polis yang telah dibuat terhadap Zamri Vinoth.

“Kerana penjelasan-penjelasan yang dibuat berunsur satu penghinaan kepada dewa Shiva Lingam yang disembah oleh kaum India di Malaysia,’ tegasnya.

Malaysiakini telah menghubungi Zamri Vinoth dan sedang menunggu maklum balasnya.

Ini bukan kali pertama Zamri berdepan dakwaan menghina Hindu.

Beberapa tahun lepas dia turut berdepan dakwaan sama ketika menyampaikan kuliah.

Setakat ini tidak jelas sama ada Rayer merujuk kepada kes yang sama atau berbeza.

Zamri bagaimanapun ketika itu, setelah direman polis empat hari, berkata tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina. Mk

MP Hindu mahu tindakan pada penceramah hina agama bukan Islam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker